nuffnang ads

Wednesday, September 1, 2010

ZAINUDIN MAIDIN ( ZAM) BEKAS K/PENGARANG UTUSAN YANG SENGAL DAN NYANYUK?

ZAINUDIN sewenang-wenang menuduh PAS meminta Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merampas harta benda orang Cina, ketika berlangsung dan meletusnya tragedi 13 Mei 1969.

Tidak cukup membacakan sejarah palsu itu, Zainudin atau lebih dikenali sebagai Zam membaca lagi sejarah palsu yang lain, kononnya pemimpin PAS menyokong Indonesia ketika berlaku konfrontasi antara negara ini dengan negara jiran itu.

Dua sejarah palsu yang dibacakan oleh Zainudin sepanjang Ramadan diberitahunya kepada portal berita Online Umno. Entah apa motif dia berkata demikian tapi yang jelas ia bertujuan memberi sedikit merit kepada Umno di tengah kelekaan dan keseronokan rakyat dihidangkan isu perkauman dan agama oleh pihak tertentu hampir setiap waktu kebelakangan ini.

Mendakwa pemimpin Melayu dan Islam PAS meminta Tuanku Abdul Rahman mengarahkan supaya harta benda milik kaum Cina dirampas bagi membolehkan ia diberi kepada orang Melayu, kelihatan seperti jalan cerita di dalam rancangan kartun Doraemon!

Apakah niat dan tujuan sebenar Zainudin ini? Adakah dia pun mula berminat untuk memasuki air limbah politik yang semakin melantung baunya akibat permainan kotor media dan Umno? Seronok sangat nampaknya Zainudin berkocah di tengah air limbah, sambil mulutnya sibuk menuduh orang di atas batas sana sebagai orang yang amat buruk sejarah tingkah laku mereka.

Ambillah cermin Zam! Pertama suluh ke muka sendiri. Kemudian tala ke wajah hati. Di mana keikhlasan anda sebagai manusia? Di mana maruah dan harga diri anda bercerita sejarah palsu dan bohong atas nama perjuangan suci bersih konon! Rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi anda kian seronok bermain api! Tangkap Zainudin Maidin kerana mencetuskan isu perkauman!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10