nuffnang ads

Wednesday, September 1, 2010

MEMEY DAN NORMAN HAKIM BERTUNANG RAYA KEEMPAT

PASANGAN artis, Memey dan Norman Hakim akan bertunang pada hari raya keempat. Menurut Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, dia dan Norman telah pulang ke rumah keluarganya  minggu lalu bagi membincangkan urusan majlis pertunangan itu.

Norakmar Samudin dari Harian Metro melaporkan, berita itu diperolehinya dari mulut Memey ketika dihubungi. Menurut Memey, dia pada asalnya tidak mahu bertunang memandang dia dan Norman telah lama saling mengenali, tetapi Norman yang mahukan majlis itu bagi memberi peluang kepada semua merasai pengalaman itu.

Mengenai jumlah hantaran dan tarikh pernikahan pula, Memey berkata keluarga kedua-dua pihak akan bertemu pada majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor nanti bagi membincangkan semua perkara itu.

Jika sahihlah kata-kata Memey, semakin dekatlah mereka ke arah membina istana selepas sekian lama pasangan itu diburu oleh pelbagai kontroversi selepas mereka ditangkap berkhalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat Norman tidak lama dulu.

Memey, 22, kini sibuk menjalani penggambaran filem Osman Berani, manakala Norman pula sibuk pada penggambaran telefilem Sabar.

Semoga masjid yang dibina kukuh dan kekal selamanya. Selamat bertunang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10