nuffnang ads

Wednesday, September 1, 2010

AIDA ARIS NIKAHI HUSFARID SABTU INI.

MAT KOYOK tergelak tiba-tiba. Diletakkannya akhbar itu balik ke tempat asal, di atas meja di luar rumah. Gelaknya masih berpanjangan. Kemudian terhenti. Kemudian terdengar pula tawa Mat Koyok bertukar kekeh. Kemudian kekeh itu terhenti. Di hujung kekeh itu, terdengar pula decit berpanjangan. Geli benar hati Mat Koyok!

Akhirnya barulah saya tahu. Rupanya Mat Koyok gelak kerana mentertawakan syaitan dan iblis. Mat Koyok gelak sebab akan ada lagi syaitan dan iblis menghempas-hempaskan badannya kalau terbaca berita di dalam Harian Metro itu.

Lama saya fikir dan terdiam. Akhirnya saya reti dan faham. Rupanya berita Aida Aris akan bernikah Sabtu ini bersamaan 4 September membuat Mat Koyok gelak. Bukan dia gelakkan Aida Aris yang umumkan pernikahannya. Tapi gelakkan syaitan dan iblis.

"Kalau hari-hari banyak orang nikah, makin banyak syaitan iblis meraung-raung!" bila keadaan menjadi normal, Mat Koyo pun melontar hujah.

Mat Koyok! Mat Koyok!

Dilaporkan bahawa Aida Aris akan melangsungkan pernikahannya Sabtu ini dengan jejaka pilihan, ketua pramugara, Husfarid Sheikh Ali@Shaikh Hussain. Majlis pernikahan itu dijangka berlangsung di kediamannya di Taman Sierra Ukay, di Ampang Selangor.

Selepas menjadi janda lebih empat tahun, Aida yang masih jambu membongkar sedikit rahsia. Katanya, dia berkenalan dengan bakal suaminya selepas diperkenalkan oleh Sharifah Haslinda dan suaminya, Datuk Reezal Merican Naina, Februari lalu.

Selamat Pengantin Baru. Di sudut-sudut gelap, syaitan dan iblis meraung menghempas badan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10