WARTAWAN veteran, Barkat Awale, 60, maut dalam satu kejadian berbalas tembak di antara gerila parti Islam dengan tentera kerajaan memerintah di Mogadhisu, semalam menjadikan dia wartawan kedua terbunuh di Somalia, tahun ini.
Jawatankuasa Perlindungan Wartawan Antarabangsa (CPJ) yang berpusat di New York memaklumkan, Awale, wartawan dan pengelola stesyen Radio Hurma berada di tingkat atas stesyen radio itu membantu juruteknik membetulkan tarnsmisi, apabila dia tiba-tiba ditembak.
Menurut CPJ, Awale terkena tembakan di perutnya dan terus rebah sebelum dikejarkan ke Hopsital Medina oleh rakan setugas tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital berkenaan. Bagaimanapun, tidak pasti pihak mana yang melepaskan tembakan.
Dia yang berpengalaman selama 30 tahun sebagai wartawan telah dilantik mengetuai stesyen Radio Hurma yang berada di dalam daerah kawalan tentera kerajaan sejak empat tahun lalu.
Beginilah nasib wartawan. Nyawa kadang-kala menjadi taruhan namun jasa dan pengorbanan mereka biasanya akan dikenang selepas ketiadaan. Teringat kata-kata allahyarham Tan Sri Samad Ismail; "Mungkin bila dah tiada baru diingat"