nuffnang ads

Thursday, August 26, 2010

177 RAKYAT INDONESIA MENUNGGU HUKUMAN MATI, 6,845 YANG LAIN DI DALAM PENJARA DI NEGARA INI.

KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA (KBRI) di Kuala Lumpur, memaklumkan telah berjaya mengusahakan pembebasan 19 warganegara Indonesia daripada dikenakan hukuman gantung, menerusi kaedah perundangan dan diplomasi dengan kerajaan Malaysia bagi tempoh tiga tahun mulai 2007.

Kenyataan KBRI itu disiarkan oleh akhbar Kompas semalam, sebagai susulan penjelasan kepada rakyat negara jiran itu berhubung konflik terbaru yang dicetuskan sekumpulan rakyat negara berkenaan sejak kelmarin.

Kenyataan KBRI yang dilaporkan Kompas juga menyebut daripada 19 warganya yang berjaya diselamatkan, 13 terbabit dalam kes dadah manakala enam yang lain melibatkan kes bunuh.

Menjelaskan maksud kaedah advokasi atau perundangan dan diplomasi,  kenyataan itu menjelaskan menerusi kaedah perundangan pihaknya menyediakan peguam bagi membela rakyatnya yang didakwa. Sementara mengikut kaedah diplomasi pula, ia merujuk kepada surat permohonan pengampunan kepada Yang DiPertuan Agong bagi usaha pembebasan.

Sehingga kini, KBRI juga memaklumkan terdapat 177 rakyatnya yang sedang menanti hukuman mati di negara ini melibatkan 142 kes dadah dan 35 kes bunuh.

Ketika ini KBRI memaklumkan, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan bagi dua rakyatnya yang dikenakan hukuman mati, iaitu Bustaman Bukhari dan Tarmizi Yacob.

Difahamkan, kenyataan KBRI yang disiarkan oleh akhbar Kompas itu bertujuan memberi maklum mengenai perkembangan terkini tentang rakyat negara itu yang sedang menanti hukuman mati di negara ini kerana terbabit dalam pebagai kes.

Bagi jumlah keseluruhan rakyat Indonesia yang berada di penjara negara ini sehingga 12 Ogos lalu, KBRI menjelaskan terdapat 6,485 berada di beberapa penjara di seluruh negara. Daripada jumlah itu 658 adalah banduan yang terbabit dalam kes dadah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10