nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

POLIS RAMPAS MERCUN DI RUMAH PENJAWAT AWAM

SEORANG lagi, kali ini penjawat awam di Cheng, Melaka ditahan polis kerana disyaki menyimpan mercun di rumahnya 'untuk dijadikan mini Bright Sparkles'. Iktibar Mini Bright Sparkles yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak enam tahun di Terengganu beberapa hari lalu, nampaknya masih tidak dijadikan teladan.

Menurut polis, jumlah rampasan mercun dan permainan seangkatan dengannya itu dianggarkan RM10,000, dipercayai cuba untuk dipasarkan di sekitar kediaman lelaki terbabit.

Ketika ditahan di rumahnya, isteri dan dua anak lelaki itu turut ada bersamanya. Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukumm penjara sehingga 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. 

Marilah bersama mengelak daripada berulangnya tragedi Mini Bright Sparkles. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan menjual dan mengedar mercun sila hubungi balai polis terdekat tanpa segan dan silu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10