ROSLEN Fadil, pengarang hiburan Metro akhirnya mengakui, terlepaslah sudah satu beban. Pertemuan Kak Pah dan Siti Nurhaliza menjernihkan masa silam yang keruh. Kata Roslen lagi, baik Kak Pah, mahu pun Siti, kedua-duanya profesional. Kini hapuslah air matamu, dilap sutera cindai. Memang seperti saya katakan, air dicincang tak akan putus. Rumpun Melayu akarnya kukuh. Di situlah mereka menumpang teduh!
Roslin kawan lama saya yang pintar hiburan itu kilas lagi. Katanya, tugas media cetak dah selesai, Kini apalah kiranya sudi mereka menjemput kak Pah dan Siti dalam segemen istimewa menjelang raya. Saya pun setuju.
Nampaknya wartawan hiburan dapat juga berkat di bulan Ramadan. Bersama membantu untuk kebaikan pasti ada ganjaran.
Kini nak tanya pula wartawan meja politik dan semasa. Tak mahu ikutkah jejak langkah wartawan hiburan. Apa kata jemput pemimpin politik dari parti berbeza. Kita jemput Najib, jemput Nik Aziz, jemput Anwar, jemput Lim Kit Siang. Kita tempahlah meja, dudukkan mereka. Kita jangan kacau sepatah pun. Biar mereka sesama mereka. Kita nak tengok macam mana agaknya suasana.
Nak sangat tengok Najib peluk Anwar, Nik Aziz peluk Lim Kit Siang. Kemudian jamu mereka makan sedap-sedap. Layan mereka baik-baik. Bila masing-masing dah sendawa, barulah wartawan pakat pergi bertanya. Salah satu soalan yang wajib ialah, "MACAM MANA SEKARANG YB-YB, NAK GADUH LAGI TAK SELEPAS INI?"
Saya tak tahulah apa jawapan mereka, tapi yang pasti esok keluar muka depan suratkhabar masing-masing tentang pertemuan itu. Cuma tajuknya sahaja tak akan sama! Jangan marah.
Saya tak tahulah apa jawapan mereka, tapi yang pasti esok keluar muka depan suratkhabar masing-masing tentang pertemuan itu. Cuma tajuknya sahaja tak akan sama! Jangan marah.