nuffnang ads

Tuesday, August 24, 2010

KES SURAU DISIMBAH CAT: SABAR ITU SEBAIK-BAIK TINDAKAN

WALAUPUN diduga dengan ujian yang mengguris hati, umat Islam terutama di sekitar surau Taman Pulai Impian, di Sikamat, Seremban perlu bersabar dan tidak bertindak mengikut emosi, berikutan kes surau itu disimbah cat merah dan dibaling empat botol arak pagi semalam.

Ini perlu bagi mengelakkan ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan menghangatkan keadaan sekaligus cuba mencetuskan sesuatu yang tidak baik di kalangan rakyat berlainan bangsa dan agama di sekitar tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki dipetik menasihatkan orang ramai membiarkan kes itu disiasat oleh pihak polis dan tidak berbuat sesuatu mengikut perasaan.

Itu adalah sebaik-baik nasihat, sekurang-kurangnya sebagai umat Islam kita mempunyai kesabaran yang tinggi dan dihormati orang lain kerana berfikiran rasional. 

Tapi polis kena siasat habis-habisan supaya kejadian ini tidak berulang dan bawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10