nuffnang ads

Monday, August 16, 2010

UMNO SEMAKIN PARAH. INIKAH HUKUMAN ALLAH?

MENERUSI cakap-cakap sahabat di seluruh negara, dapat dirasakan bagaimana risaunya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Dalam senyumnya ada bimbang, dalam tenangnya ada goyang. Dalam tabahnya ada resah dan dalam gigihnya ada rintih.

Realitinya UMNO bergolak di mana-mana. Di Negeri Sembilan ada puak UMNO tak suka Mohamad Hassan jadi Menteri Besar. Ada pergerakan pemuda bahagiannya pula tak gemarkan Khairy Jamaludin.

Dan semalam, beberapa ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, menghantar notis perletakan jawatan berkuasa minggu lalu atas alasan tidak lagi dapat bersetuju dengan kepemimpinan UMNO bahagian yang didakwa mengabai dan memperlekehkan sumbangan mereka.

Di Pulau Pinang pun sama. Ada Ketua Bahagian dikenakan tindakan dan ada jawatankuasa pula tidak berpuas hati. Kata kawan-kawan, ada di antara yang tidak berpuas hati semacam mahu berpatah sahaja. Mereka kata tunggu pilihanraya. Faham-faham sajalah maksud mereka.

Di Kelantan, pemimpin UMNO boleh diumpamakan macam laki lari malam tinggalkan bini. Gelombang ketegasan berpandukan prinsip ditunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah sudah cukup memberi isyarat. UMNO telah silap perhitungan di negeri itu terutama mengenai hal royalti minyak.

 Di Terengganu taufan lagi kuat melanda. Adun yang tak sebulu dengan menteri besar juga tak peduli dengan teguran pucuk pimpinan atasan. Ada teguran berbau ugutan telah dikeluarkan kepada puak yang memberontak. Elok-elokkan tingkah laku atau ditolak daripada terus bertanding pada pilihanraya akan datang.

 Di Selangor, hujan panas juga sering turun. Muhamad Taib, bekas menteri besar yang jauh lebih elok kerjanya daripada Khir Toyo terus menghilangkan diri. Ditinggalkannya bahagian Kelana jaya kepada pemangku. Mat Taib bukan calang-calang orang. Dengar khabar dia dikatakan orang lebih baik bersama PAS sebab sikapnya yang jauh benar berubah, lurus dan telus. Khir Toyo dan Noh Omar pula sibuk bersama memperbetulkan tanggapan orang mengenai pergeseran mereka berdua. Kering sampai mahu terkeluar anak lidah masing-masing cuba menyakinkan orang.

 Di Johor, Muhyidin berdepan jerangkap samar. Betapa kuat pun pengaruhnya di Pagoh, dia dan Ghani Othman belum tentu boleh tidur sebantal. Sekarang pula, cabaran demi cabaran sedang melanda Muhyidin. Tak payahlah diceritakan, mungkin lama-lama orang tahu juga.

 Demikianlah anak-anak muda dan adik-adik. UMNO semakin parah kerana banyak caranya sejak sekian lama menikam bangsa sendiri. Awas jangan termask perangkap lagi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10