UMNO disahkan sebuah parti yang berpenyakit dan dijangka sebahagian besar penyakit yang menyerang parti itu sedang merebak dan jika tidak diberi rawatan segera akan menular menjadi wabak epidemik yang menakutkan.
Disenaraikan sebahagian penyakit UMNO selepas menjalani diagnosis:
1.LEBIH 1.5 JUTA kenderaan terbabit dalam kes saman ekor. Bayangkan perasaan mereka yang disaman? Apa lagi yang boleh UMNO harapkan daripada mangsa yang sebegitu ramai ini. Masuk akalkah mereka ini mahu menyokong UMNO dalam PRU 13?
2.RATUSAN RIBU YANG DIISTYIHARKAN BANKRAP DAN DISENARAIHITAMKAN. Mahukah mereka mengundi UMNO atau BN?
3.RIBUAN PENIAGA Melayu tertindas dan dihalau keluar dari kompleks perniagaan mega di seluruh negara yang tidak mendapat pembelaan. Mahukah mereka berkawan dengan memberi undi kepada UMNO?
4.RIBUAN graduan yang menganggur, terutama dki kalangan anak-anak keluarga miskin. Minta tolong dapatkan kerja tak boleh, tapi bila undi meraih/ merayu simpati daripada mereka. Mahukah mereka?
5.RIBUAN waris dan keluarga mangsa kekejaman seperti waris keluarga yang ditembak atau terbunuh oleh pasukan keselamatan, waris mereka yang dipenjarakan dan waris mereka yang dikenakan ISA? Kesumat mereka mendalam.
6.LEBIH 400,000 daripada 1.3 juta pekerja yang didaftarkan dalam rekod Kementerian Sumber Manusia bergaji di bawah RM700. Bermakna mereka ini adalah golongan miskin. Tak malukah nanti UMNO mahu merayu undi daripada mereka? Soalnya bolehkah golongan ini memberi undi kepada parti yang gagal mengeluarkan mereka daripada sangkar kemiskinan?
7.RIBUAN kes pegawai kerajaan teranaiaya seperti ditukar 24 jam kerana pebagai sebab, ditindas gagal berpeluang menikmati kenaikan pangkat dan gaji dan 1,000 orang guru setiap tahun yang meminta ditukarkan balik ke Semenanjung dari Sabah dan SARAWAK. Ingatlah, mereka itu dan waris serta sahabat-sahabat mereka kebanyakannya adalah pengundi berdaftar!
8.PULUHAN RIBU petani, peladang, nelayan dan orang kampung yang miskin. Sanggup dan tergamakkah UMNO memakan undi mereka?
9.RIBUAN SENARAI mereka yang terperangkap dalam hutang Along dan menjadi buruan. Keluarga mereka dan sanak-saudara mereka sekian lama dihantui kebimbangan. Bolehkah senang-senang UMNO mengecek undi daripada mereka?
10.RIBUAN KES ibu tunggal, bapa tunggal dan tuntutan perceraian yang belum dapat diselesaikan. Mereka kini menderita dalam hidup. Ada sesetengahnya makan nasi berlaukkan garam tak ubah seperti kehidupan sebelum kita merdeka. Tak malukah UMNO menagih undi daripada mereka?
11.RIBUAN keluarga penagih dadah yang berdepan stigma dan trauma kerana gagal menikmati kebahagiaan dalam
kehidupan dan tak pernah dibantu oleh kerajaan. Dan banyak-banyak lagi penyakit dihidapi UMNO selepas didiagnosis dengan hati lapang dan fikiran tenang.
P/S:SEHUBUNGAN ITU kebanyakann pakar mencadangkan rakyat supaya menjauhi parti ini dan menyokong PAKATAN RAKYAT supaya keadaan boleh berubah.