nuffnang ads

Wednesday, August 11, 2010

TERKINI TENTANG KEMATIAN BEKAS ADUN DAN SITI ROHANA ISMAT. UMNO KENA JELASKAN BANYAK PERKARA

TERKINI. Penjelasan UMNO kepada rakyat berhubung kematian bekas Adun Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat SANGAT dituntut berikutan keenganan polis memaklumkan motif sebenar di sebalik kematian' Bunuh dan Bunuh Diri' itu.

Pelbagai pihak menyifatkan, UMNO mesti mendedahkan apa yang berlaku, walaupun pahit kerana orang ramai semakin membuat andaian dan pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan keluarga kedua-dua pihak yang ditemui mati dalam keadaan terkena tembakan di dalam kereta di lebuhraya,  berdekatan Sungai Buloh itu.

Walaupun semalam Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa siasatan kes itu telah selesai dan pihaknya menyifatkan ia sebagai kes BUNUH DAN BUNUH DIRI tanpa pembabitan pihak ketiga, namun keengganan polis memaklumkan motif di sebalik kejadian, mencetuskan pula pelbagai andaian di kalangan pelbagai pihak.

Ada pihak mendesak UMNO menjelaskan hubungan kedua-dua si mati kerana bimbang jika ada hubungan yang cuba disorokkan, ia boleh menyebabkan isu itu menjadi antara senjata yang memakan diri Khir Toyo dan Noh Omar.

Sementara pandangan lain pula meminta UMNO menjelaskan benarkah allahyarham Siti Rohana berketurunan bangsawan yang memiliki kekayaan sehingga dikatakan memiliki rumah versi BANGLO dan kenderaan mewah jenis TOYOTA CALDINA. Status Siti Rohana sebagai bekas pembantu kepada allahyarham Abdul Aziz juga masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh UMNO kepada rakyat.

Singalautmetro difahamkan, allahyarham Siti Rohana mempunyai perniagaan salun kecantikan sebelum ini dan terbabit aktif dalam beberapa perniagaan lain namun sukar mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar.

Apakah UMNO mahu membiarkan andaian terus bermain di bibir rakyat tentang kematian misteri itu? Apakah UMNO tidak mahu membelas nasib pemimpin kecil mereka yang sepanjang hayat membantu berjuang menaikkan parti itu? Apakah selepas mereka pergi, UMNO mengambil sikap berdiam tanpa mahu menjelaskan apa sebenar yang berlaku untuk menjernihkan segala tanggapan buruk?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10