M SARAVANAN yang berpangkat Datuk akhirnya mengaku beliaulah orang yang disebut-sebut sebagai Timbalan Menteri yang terbabit sebagai bapak ayam membekalkan pelacur kelas atasan kepada orang kenamaan.
Sambil berharap polis menyiasat semua pihak yang terlibat, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyifatkan laporan yang dibuat oleh seorang ahli politik mengenai pembabitannya dalam jenayah itu sebagai surat beracun.
Sebagai orang yang dituduh-tuduh, Saravanan mengambil kesempatan menepis-nepis dengan kenyataan yang beliau tidak mengenali orang yang dimaksudkan mengadu dan menjadi mangsa dalam kes itu, Maknanya, ada pihak sudah mula buat kacau dan mahu burukkan Saravanan. Teruknya orang itu buat macam ini.
Berdasarkan laporan akhbar, M Saravanan dikatakan terbabit dalam kes salah laku seksual menjual pelacur dari kalangan pelajar kolej kepada golongan kenamaan. Tidak setakat itu, beliau juga diruduh-tuduh terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.
Sebuah rumah di Gombak juga disebut sebagai rumah yang dikatakan menjadi antara pusat kegiatan itu berlangsung dan di situlah juga banyak transkasi kegiatan buruk berlaku.
Kalau beliau sudah mengaku yang beliaulah orang yang dimaksudkan oleh pihak tertentu sebagai Timbalan Menteri yang terbabit dalam jenayah busuk dan buruk itu, maka teka teki orang ramai juga semakin terhenti. Kalau beliau tidak membuat kenyataan tentu banyak pula Timbalan Menteri dipandang serong oleh orang ramai.
Walau apa pun laporan yang dibuat pihak tertentu, walau apa pun kenyataan polis dan walau apa pun kenyataan Saravanan, SIASATAN MESTI DILAKUKAN MENYELURUH TERMASUK MERAYU SEMUA YANG MENGETAHUI KES BERKAITAN MEMBERI MAKLUMAT TERMASUK gambar, dokumen penting, dan apa sahajalah supaya M Saravanan tidak lagi dituduh-tuduh.
Kita berharap apa sahaja maklumat yang boleh membantu sama ada mengesahkan M Saravanan sebagai penjenayah atau tidak, disalurkan kepada pihak berkuasa. Jangan sorok-sorok dalam hal ini. Kita kena jaga maruah yang dituduh, maruah yang menuduh dan maruah mangsa kalau ada.
Kata orang Peradong.......alahaiii!