nuffnang ads

Friday, August 27, 2010

TERKINI: KEADAAN DI DEPAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA LENGANG PAGI INI (JUMAAT)

SEHINGGA jam 10 pagi ini, lalu lintas di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dikatakan lengang, tanpa kehadiran ahli kumpulan penunjuk perasaan Bendera. Hanya beberapa kenderaan polis dilihat berkawal di sekitar kawasan berkenaan.

Keadaan ini menimbulkan tanda tanya mungkinkah tunjuk perasaan anti-Malaysia yang dilancarkan segelintir rakyat negara itu semakin berkurangan.

Media di Indonesia dalam laporan terkini menyebut, mereka menjangkakan akan ada kehadiran penunjuk perasaan di pagi Jumaat ini, tetapi keadaan bertukar di sebaliknya.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan ahli kumpulan  BENDERA yang sering bertindak di luar rasional dijangka kembali ke kawasan kedutaan besar itu berdasarkan perancangan mereka untuk mengadakan tunjuk perasaan secara berterusan.

Jika begini, amatlah jelas media di Indonesia sebenarnya adalah sebahagian daripada api yang sengaja menghangatkan keadaan untuk memburukkan hubungan di antara kedua-dua negara, ekoran insiden penahanan tiga pegawai laut mereka di perairan Johor baru-baru ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10