GARA-gara cemburu, seorang isteri pengetua sebuah sekolah di Sumatera Selatan, tergamak memukul dan mencederakan buah dada seorang pelajar perempuan sekolah berkenaan yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Linda, mendakwa selain bertindak memukul badan dan mukanya, isteri pengetua sekolah itu bertindak meramas dengan kuat kedua-dua buah dadanya sehingga cedera dan memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut laporan akhbar di sana, kejadian itu bermula apabila pengetua yang dikenali sebagai Firmanshah sengaja menyuruh Linda menghantar mesej menerusi sistem pesanan ringkas (sms) kepada isterinya, bertujuan membuatkan isterinya itu cemburu.
Dan seperti dijangka, isteri pengetua berkenaan bertindak masuk ke sekolah mencari Linda sebelum membawanya ke tempat sunyi. Tanpa banyak soal, pelajar itu diserang bertalu-talu termasuk dicederakan buah dadanya. Malah Linda juga diberi amaran tindakan polis akan dibuat jika dia tidak menghentikan hubungan sulitnya dengan Firmanshah.
Alahai...apalah bangang sangat pengetua sekolah itu!
Alahai...apalah bangang sangat pengetua sekolah itu!