nuffnang ads

Friday, August 20, 2010

SEREMBAN DAN PORT DICKSON MARKAS DENGGI TERBESAR DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN dan Port Dickson menunjukkan peningkatan menakutkan dalam jumlah kes demam denggi di Negeri Sembilan, apabila kedua-dua daerah itu masing-masing mencatatkan hampir 140 peratus dan 54 peratus kenaikan sehingga Jun 2010, berbanding sepanjang tahun 2009.

Sehingga Jun tahun ini sahaja,  Seremban mencatatkan sebanyak 805 kes demam denggi membabitkan 5 kematian, berbanding hanya 336 kes pada tahun lalu. Di Port Dickson pula, angkanya meningkat kepada 63 kes pada tahun ini berbanding 41 kes pada tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga menunjukkan daerah Jempol turut mengalami kenaikan kes demam denggi daripada 20 kes pada tahun 2009 kepada 42 kes sehingga kini. Hanya Jelebu dan Rembau sahaja dilaporkan mengalami penurunan kes.

Jelebu mencatatkan penurunan daripada 10 kes tahun lalu kepada 7 kes tahun ini, manakala Rembau turun sebanyak 4 kes daripada 15 kes yang dilaporkan pada tahun lalu.

Berdasarkan statistik ini terbukti, Seremban dan Port Dickson berada dalam zon bahaya kerana peratus peningkatannya dikatakan terlalu tinggi.  Malah dilaporkan juga, di Flat Dahlia Seremban 2, sahaja sebanyak 19 kes demam denggi dilaporkan setakat ini. Flat berkenaan adalah antara lokaliti aktif demam denggi selain kawasan perumahan Taman Desa Rhu, Sikamat yang mencatatkan 8 kes. Sementara Taman Setia yang juga disahkan sebagai lokaliti aktif mencatatkan 9 kes.

Secara keseluruhan, nampaknya denggi semakin jauh meninggalkan anjing gila dan buaya tembaga sebagai ancaman utama kepada penduduk di Negeri Sembilan. Ini kerana sehingga Jun 2010 sahaja kenaikan demam denggi direkodkan sebanyak 522 kes, atau bersamaan kenaikan 117 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Fenomena mengejutkan ini tentu bakal mengusutkan lagi fikiran saudara menteri besar, Mohamad Hassan. Namun dipercayai, kali ini beliau tidak akan menafikan adanya serangan aedes di negeri itu, seperti penafian dibuatnya tentang kewujudan buaya di Pantai Port Dickson.

Nampaknya aedes pun dah tak sukooo!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10