SAYA mulakan mukadimah catatan ini dengan ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo adalah PEMBOHONG besar apabila membuat dakyah dalam ceramahnya di beberapa tempat di Selangor dengan mendakwa Johor adalah negeri paling banyak menerima pelaburan di negara ini.
Bertujuan untuk memperlekehkan kerajaan tadbiran Pakatan Rakyat (PR) Khir juga mendakwa pelaburan di Selangor telah merosot dan meletakkan negeri itu di tangga kedua.
Khir yang mengaku tidak membuat fitnah ketika berceramah di lokasi terakhir di Kampung Jalan Kebun, Klang beberapa hari lalu ternyata cuba membohongi rakyat. Pembohongannya amat jelas dan ketara didedahkan apabila statistik terbaru yang dikeluarkan MIDA menunjukkan keadaan yang di sebaliknya.
Berdasarkan statistik MIDA itu, Selangor menerima kemasukan pelaburan tertinggi apabila mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM3.5 bilion, membabitkan pelaburan luar negara hampir RM2 bilion dan RM1.5 bilion pelaburan tempatan. Sementara Johor yang menduduki tangga kedua, hanya mencatatkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM2.2 bilion.
Statistik ini dikeluarkan agensi di bawah kerajaan pusat dan tidak mungkin dikeluarkan untuk berbohong seperti yang dilakukan Khir dan puak-puaknya.
Perkara paling memalukan Barisan Nasional BN) berdasarkan statitistik yang dikeluarkan bagi tempoh yang sama ialah Pahang ketinggalan kira-kira 4 kali ganda atau 400 peratus rendah daripada pelaburan yang masuk ke Kelantan. Kelantan menerima kemasukan pelaburan sebanyak RM170 juta manakala Pahang, negeri terbesar dan negeri kelahiran Perdana Menteri HANYA MENCATATKAN JUMLAH PELABURAN sebanyak RM46 juta. Ini adalah sejarah yang memalukan, jika dikira sekian banyak tohmahan kononnya Kelantan semakin mundur di bawah kerajaan PAS.
Kedah, sebuah negeri yang dikuasai PAS yang juga ditohmah oleh BN konon tidak maju dan gagal membawa pelaburan turut cemerlang apabila menduduki tangga ketiga dengan pelaburan melebihi RM1.8 bilion manakala Perak (RM1.6 bilion) dan Pulau Pinang (RM1.52 bilion).
Secara amnya, empat negeri yang dikuasai PR, iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mencatatkan hampir RM7 bilion atau lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan ke Semenanjung yang kesemuanya bernilai RM13.2 bilion. Jumlah itu tidak termasuk Kuala Lumpur yang turut dikuasai PR yang mencatatkan penerimaan pelaburan melebihi RM5 juta.
Dengan pengesahan rasmi statistik MIDA ini, rakyat yang sering terpedaya dengan tohmahan dan dakyah konon negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang gagal membangunkan ekonomi boleh melihat sendiri pembohongan besar yang dilakukan kerajaan BN. Sebaliknya negeri-negeri yang di bawah tadbiran BNlah yang jauh ketinggalan, terutama Pahang negeri kelahiran Perdana Menteri!