nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

SATIM DIMAN TERKEDU. MB, TAN SRI KHALID AKAN BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI PENEMUAN PERAKAM VIDEO

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya, menutup mulut adun pembangkang, Satim Diman, apabila mengumumkan akan membuat laporan polis berhubung penemuan perakam video di dalam pejabatnya, minggu ini juga.
  
Pengumuman menteri besar itu, sekaligus menempelak desakan Satim yang beberapa kali meminta Khalid membuat laporan polis mengenainya, selain dakwaan pembangkang Barisan Nasional konon penemuan itu hanya satu sandiwara politik.

Mengumumkan tentang cadangan membuat laporan polis itu tadi, Khalid berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri selesai menjalankan siasatan dalaman termasuk telah mengenalpasti kedai perakam itu dibeli dan gambar mereka yang berurusan dengannya di pejabat.

Khalid juga memberitahu, beliau telah memaklumkan Ketua Polis Negeri sebelum ini mengenai siasatan dalaman kerajaan negeri dan polis katanya, tidak mempunyai sebarang halangan.

Penemuan perakam video itu di belakang langsir di dalam pejabat menteri besar sebelum ini mengejutkan beberapa pihak dan menguatkan dakwaan memang ada pihak yang cuba menggugat pentadbirannya dan melakukan sabotaj. 

Dengan pengumuman menteri besar untuk membuat laporan polis mengenainya pada minggu ini, tersentaklah puak pembangkang yang sebelumnya terlalu sinis dan skeptikal dengan berita penemuan perakam video berkenaan. SAMA-SAMA TUNGGU. SIAPA BUAT DIA DAPAT!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10