nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

PENYANDANG DATUK ADAT N.SEMBILAN SEBELUM INI TERIMA ELAUN RM4.17 SEBULAN

KADANG-KADANG terasa seperti masih hidup di zaman penjajah apabila mendengar berita dari mulut Menteri Besar Negeri Sembilan yang penyandang Datuk Adat di negeri itu sebelum ini hanya menerima elaun pemakanan sebanyak RM4.17 sebulan.

Ini jangan main-main Tok Mat Hassan! Mustahillah sebegitu kejamnya kita memperuntukkan bayaran sebanyak itu untuk mereka yang duduk dalam pemuafakatan yang ada kaitan dengan pemilihan Undang Luak. Demikian agaknya rungutan orang apabila mendengar cerita tentang elaun Datuk Adat di negeri yang kaya dengan Adat Perpatih itu.

Pendedahan dibuat menteri besar itu, tentunya mengejutkan, seolah-olah sebelum ini penyandang Datuk Adat lebih rendah tarafnya daripada pengumpul barang-barang terpakai.

Bagaimanapun, tindakan beliau mencadangkan supaya elaun pemakanan bagi penyandang Datuk Adat yang terlalu rendah itu dinaikkan sekurang-kurangnya menjadi RM200 sebulan tentu dapat menyejukkan sedikit hati rakyat negeri itu.

Malah, beliau berterus-terang mengakui elaun sebelum ini memang tidak setimpal dan seolah-olah mengikut kadar bayaran hidup di zaman penjajah. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Elaun Pemakanan Datuk Adat di Wisma Negeri, di Seremban semalam.

Pada masa yang sama, Tok Mat Hassan turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bagi membantu urusan dokumentasi pemilihan Undang Luak supaya menjadi lebih teratur dan dalam keadaan bertulis. Tidak seperti berlaku sekarang yang lebih banyak dibuat secara lisan sehingga boleh menyebabkan pelbagai masalah berbangkit.

 DIPETIK DARIPADA AKHBAR RAKYAT SINAR HARIAN

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10