nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

INDONESIA DIDESAK MEMANGGIL PULANG DUTA BESAR SEBAGAI PROTES KEPADA MALAYSIA

Menteri Luar Indonesia, Marta Natalegawa didesak oleh perwakilan DPR agar memanggil pulang Duta Besarnya di Kuala Lumpur dan menyuruh balik Duta Besar Malaysia di negara itu, sebagai menunjukkan protes paling keras terhadap kerajaan negara ini, ekoran kes penahanan tiga pegawai lautnya baru-baru ini.

Wakil Komisi DPR, Enggartiasto Lukito, ketika membuat desakan itu berkata Indonesia tidak boleh tunduk kepada kerajaan Malaysia berhubung insiden penahanan pegawai laut berkenaan.

Bagaimanapun, desakan itu ditolak oleh Marta dengan alasan tindakan memanggil pulang Duta Besarnya adalah satu tindakan ekstrim yang katanya, tidak akan menyelesaikan masalah atau konflik yang berlaku di antara kedua-dua negara.

"Dalam amalan diplomasi ada beberapa kaedah protes boleh diambil. Salah satu ialah memanggil pulang duta besar kita. Bagaimanapun, ini saya fikir adalah tindakan yang sangat ekstrim. Apakah dengan cara itu akan menyelesaikan masalah?" soalnya menjawab desakan bertubi-tubi.

Malah Marta menjelaskan, masih banyak masalah yang perlu dibincangkan oleh kedua-dua negara yang perlu diambilkra seperti masalah tenaga kerja (TKI), pembalakan haram, isu persempadanan dan masalah ramai warga negara itu yang sedang menunggu hukuman mati di negara ini.

Desakan pelbagai pihak di negara itu agar Imdonesia mengambil tindakan keras dalam hubungan diplomasinya dengan Malaysia berbangkit, ekoran kejadian terbaru penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai lautnya baru-baru ini. 

Kemuncak protes terhadap insiden itu, berlaku tunjuk perasaan oleh sekumpulan kecil rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai BENDERA di depan kedutaan besar Malaysia di Jakarta kelmarin termasuk perbuatan keji melontar najis manusia ke perkarangan kedutaan negara ini. KOMPAS

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10