APABILA akal tidak digunakan apabila membuat sesuatu pertimbangan, manusia kerap memilih jalan singkat bagi mengelak berdepan tindakan akibat perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Di Batu Pahat Johor, dilaporkan seorang anggota tentera maut apabila memilih jalan singkat dengan terjun dari tingkat dua di sebuah hotel murah di bandar itu, semata-mata mahu mengelak daripada diberkas sepasukan penguatkuasa jabatan agama kerana disyaki berkhalwat.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu, sebelumnya dikatakan mendaftar masuk bilik hotel berkenaan bersama seorang wanita sebelum didatangi pasukan penguatkuasa jabatan agama yang melakukan pemeriksaan mengejut.
Timbalan Penguatkuasa Agama Derah, Mohd Anuar Kosnin, dipetik berkata teman wanita anggota tentera itu dipercayai bukan Islam tidak boleh didakwa berkhalwat kerana status agamanya. Bagaimanapun, katanya wanita itu akan disoalsiasat sebagai saksi utama kejadian.
Demikian kisah di bulan Ramadan yang disiarkan akhbar Sinar Harian yang patut dijadikan teladan kepada mat Islam