nuffnang ads

Monday, August 23, 2010

ANDROID MULAI MENYERANG MALAYSIA

KETIKA pengguna Blackberry masih menunggu pengumuman kerajaan mengenai keputusan pengharamannya, telefon pintar Android dikatakan mula menyerang pasaran Malaysia secara besar-besaran melibatkan kempen dan pengiklanan berskala besar menggunakan pelbagai media di negara ini.

Didatangkan dalam badan pelbagai jenama telefon, sistem pintar itu kini boleh diperolehi menerusi model Acer, Samsung. Sony Erickson dan Motorola.

Antara pengendali terbesar telefon bimbit di negara ini yang telah memulakan pengiklanan tentang kemasukan Android itu ialah Maxis yang memperkenalkan beberapa model telefon pintar Android seperti Wildfire, Desire, Galaxy S Xperia X10 dan Xperia X10 mini yang dijual dari harga serendah RM549 dengan mana-mana Pelan Vlue Plus yang diperkenalkan syarikat itu.

Acer pula menampilkan empat model menarik dan pasti menguja peminat telefon pintar, khususnya generasi muda.

Keempat-empat model keluaran Acer itu ialah Acer Liquid E Edisi Ferrari, Liquid ES100, be Touch E400 dan beTouch E120. Difahamkan harga bagi edisi Ferrari adalah RM1899 manakala beTouch E120 adalah RM120.

Fenomena kedatangan Android ini menggambarkan penerimaan pengguna telefon pintar itu di negara ini semakin positif walaupun dikhabarkan Blackberry menerima berita mengejutkan apabila diharamkan di beberapa negara khususnya di Asia Barat.

Menurut pakar-pakar komunikasi, Android dijangka mampu menembusi pasaran dunia secara meluas dan berupaya meninggalkan Blackberry dalam tempoh terdekat berasaskan kecanggihan sistem yang diperkenalkan di dalam telefon berkenaan.

Bagaimanapun, banyak pihak masih skeptikal dan teragak-agak untuk membuat keputusan pembelian kerana kerajaan Malaysia masih belum membuat keputusan terhadap pengharaman Blackberry. Malah ada pihak turut tertanya-tanya jika Blackberry diharamkan, bagaimana pula nasib si Android?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10