nuffnang ads

Thursday, August 12, 2010

RAIS YATIM PERKENALKAN KONSEP BIAR PAPA ASAL BERGAYA DI JELEBU

BETUL ulasan AMKNS.blogspot.com fasal masalah jalur lebar yang didahulukan berbanding masalah air di Parlimen Jelebu. Ahli Parlimennya, Datuk Rais Yatim kelihatan meneruskan lagi kesinambungan konsep pemerintahan Barisan Nasional yang diteraju UMNO iaitu dengan berterusan mempromosikan motto BIAR PAPA ASAL BERGAYA kepada rakyatnya.

Walaupun menyedari ada penduduk di kawasan parlimen itu terpaksa menggunakan air perigi hatta untuk mengambil wuduk atau mandi wajib, ia bukan satu masalah besar berbanding ketiadaan isyarat jalur lebar di kawasan berkenaan.

Inilah yang dikatakan orang Melayu sikap pemimpin yang menyusukan beruk di hutan, anak sendiri kelaparan. Sama seperti membiarkan ayam di kepuk kelaparan! Sikap mengejar sesuatu yang bukan keutamaan sehingga mengabaikan kepentingan yang wajib didahulukan.

Masalah air di Jelebu bukan masalah baru, sama seperti masalah yang menimpa Kuala Pilah, Rembau dan Port Dickson. Ia menjadi masalah turun temurun yang mengikut kata orang Kampung Seperi, Pekan Titi dan Bukit Rotan sebagai masalah yang hanya Allah barangkali akan menyelesaikannya!

Sikap Rais Yatim yang mementingkan jalur lebar juga adalah sinonim dengan sikap pemimpin UMNO yang lain dalam banyak perkara. Sebagai contoh sikap Menteri Pertaniannya, Noh Omar yang langsung tidak peduli hal kekurangan atau harga bagi produk keperluan rakyat seperti beras dan gula.

Noh Omar sanggup tersengih-sengih apabila melawat kawasan tanaman anggur di negara ini satu masa dulu dan menambah dengan berkata tidak mustahil Malaysia boleh dijadikan sebagai kawasan penghasilan anggur secara besar-besaran pada masa depan. Sedangkan ketika ini, selepas 53 tahun merdeka, Malaysia hanya mampu menghasilkan 1 (satu) peratus gula dan mengimport 99 peratus yang lainnya. Tidakkah dia terfikir, tebu yang kalau dicampak belakang rumah boleh bertunas dalam seminggu tak sanggup ditanam, inikan pula bercita-cita besar menanam anggur!

Begitulah legasi pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO. Tidak tahu menimbang dan mengukur keperluan rakyat. Bukankah air itu keperluan asas yang dituntut supaya disediakan kepada rakyat. Bukannya jalur lebar! Peliknya masih ada rakyat di parlimen Jelebu sanggup didera dan diseksa, namun diminta berubah...omaakkk ooiii...liat betul. Betul-betul liat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10