nuffnang ads

Thursday, August 12, 2010

KERAJAAN HILANG PUNCA HARAMKAN BLACKBERRY

DAN KERANA TERLALU MEMIKIRKAN ISYARAT JALUR LEBAR DI JELEBU, maka Datuk Rais Yatim boleh terlupa yang keputusan sama ada mengharamkan atau tidak penggunaan telefon pintar Blackberry sepatutnya telah diumumkan Isnin lalu!

Akibatnya tertunggu-tunggulah rakyat apa keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan.

Kita faham, kerajaan kini berdepan dilema apabila menerima rayuan dan pandangan balas daripada pemilik Blackberry yang bersedia menimbangkan untuk mencari jalan terbaik jika masalah kebocoran maklumat menerusi penggunaan telefon itu menjadi punca penggunaannya mahu diharamkan di negara ini.

Namun pengguna terutama gernerasi muda yang menjadi lubuk utama pasaran telefon pintar itu masih tertunggu-tunggu. Mereka tidak tahu nasib telefon pintar yang berada di dalam saku baju mereka kini, sama ada harus dibuang atau dibenarkan untuk digunakan terus.

Kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dikatakan telah siap. Apakah sukar benar keputusan dibuat sehingga ia memakan masa?

Kalau beginilah caranya, ketika kita baru mahu menghidupkan enjin pesawat pejuang, negara musuh telah pun melepaskan peledak nuklearnya! Maka kalahlah kita dalam satu peperangan yang berpunca daripada sikap berjalan ke depan macam semut, berundur ke belakang macam kuda!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10