nuffnang ads

Saturday, August 7, 2010

PROF TAN SRI IBRAHIM SHAH. AKADEMIKKAH DIA?

DIA mantan Naib Canselor UiTM. Semua orang tahu dan malam dia hadir pada sesi program Soal Jawab TV3, bersama Shaifudin Abdullah yang dipengerusikan Tok Mat Talib, Ibrahim ada sebut beberapa kali dia adalah bekas Naib Canselor Uitm. Disebutnya juga tempoh dia memegang jawatan itu.

Borak-borak dalam program itu bukan apa pun. Fasal siswa dan pembabitan mereka dalam politik. Maka berkeras-keraslah Ibrahim tak setuju siswa dibenarkan berpolitik. Katanya lanskap politik negara yang ada tidak sesuai untuk siswa dibenarkan menceburi politik. Siswa mengikut hujah Ibrahim, masih belum matang. Kalau politik dalam kampus tak apa katanya, 

Maka Shaifudin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tidaklah setuju dengan Ibrahim. Shaifudin kata sehingga bila. Kalau ikut matang, apakah siswa pasca siswazah yang buat masters dan Phd juga tidak matang? Beritahu Shaifudin lagi, sudut pidato pun ditubuhkan di universiti tetapi pengurusan universiti ambil sikap terbalik apabila kalau nak berucap, berpidato mesti hantar salinan pidato kepada Hal Ehwal Pelajar. Maknanya kata Shaifudin, kita tak bagi kebebasan dan kepercayaan kepada siswa. Kalau ini berterusan, katanya sampai bila? Dan tentulah matlamat penubuhan semula sudut pidato di universiti tidak akan tercapai.

 Ibrahim Shah dok korner cakap lanskap politik tak sesuailah, pelajar tak matanglah dan takut pelajar nanti cakap sesuka hatilah sehingga gugat isu sensitif.

 Pelik benar malam itu. Ibrahim Shah juga kata kalau pelajar berpolitik dan siswa berpolitik, nanti keadaan jadi tidak terkawal. Maknanya keadaan boleh jadi haru biru. Katanya,  apa akan jadi kalau pelajar sokong parti A tapi penssyarah sokong parti B. Kalau mereka tak sebulu, ada yang jadi mangsa dalam peperiksaan. Aduhai...kenapalah sampai ke tahap itu cara fikir seorang ahli akademik waktu berhujah. Sehingga Shaifudin terpaksa lepas cakap. Katanya, sudahlah siswa Ibrahim tak percaya, pensyarah pun Ibrahim tak yakin.

Ada penonton kata program malam itu bagus. Ada yang puji Shaifudin dan Tok Mat Talib. Cuma rosaknya ialah hujah dan cara serta personaliti akademik yang sepatutnya ditunjukkan oleh ahli akademik seperti Ibrahim Shah jelas nampak  tidak akademik.

 Syukurlah. Saya bersyukur banyak-banyak. Sebab apa? Sebab dia tak terus diberi tugas menjadi Naib Canselor Uitm. Kalau masih macam itu pemikiran seorang ahli akademik, masyaAllah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10