nuffnang ads
Tuesday, August 17, 2010
PINTU BESI PENCAWANG PUN DIREMBATNYA
MULA-MULA besi penutup longkang di depan pencawang elektrik ini hilang. Kemudian, mungkin tak mencukupi, mereka pun merancang projek yang lebih besar. Maka, dirembatnya pintu utama pencawang yang diperbuat daripada besi sepenuhnya. Kalau dibiarkan lagi, mungkin jeriji pagar pula bakal menjadi mangsa. Dan paling ditakuti, kalau semua pihak terus menutup mata, mungkin keseluruhan janakuasa ini pula akan lenyap, dijualnya. Inilah angkara kerja sepupu-sepupu cicakman dan ultraman iaitu "IRONMAN" atau terjemahan terusnya orang besi! Bencana yang berpunca kerana besi mempunyai harga ini, dirakamkan di Kota Kemuning, Shah Alam. Kita, bagaimana? Di mana tanggungjawab kita?