SEMAKIN tersisihlah rakyat yang merempat, tidak bekerja dan bekerja sendiri apabila kerajaan turut memberi BANTUAN KEWANGAN KHAS sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Sudahlah mereka menerima pencen bulanan, dana khas yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan yang masih bertugas juga dinikmati golongan bersara. Bukan bertujuan untuk mempertikaikan bantuan yang dikeluarkan kerajaan itu. Cuma mahu membuka mata kerajaan jangan sewenang-wenang mengagihkan duit rakyat kepada mereka yang tak sepatutnya.
Besarkah sangat sumbangan pesara kerajaan berbanding pesara syarikat swasta sehingga dalam keadaan kewangan ekonomi yang masih tidak berapa baik ini, mereka turut menerima kelebihan walaupun telah tamat bertugas di sektor kerajaan.
Hari ini kerajaan mengumumkan BANTUAN KEWANGAN KHAS ITU sebanyak RM500 kepada semua kakitangannya. Kerajaan memperuntukkan RM934.6 juta bagi bayaran itu, membabitkan RM639.6 untuk kakitangan yang sedang bertugas dan RM295 juta untuk bayaran kepada golongan pesara.
Namun yang dipertikaikan sesetengah pihak, apakah mereka yang telah bersara pun mesti diberi sama membabitkan peruntukan melebihi suku bilion ringgit. Memang kerajaan mesti mengenang jasa mereka. Tapi cukuplah dengan pencen yang ada yang diterima kini.
Masih banyak lagi rakyat yang wajar menerima bantuan. Kerajaan harus membuka mata, kerana semua wang yang diagihkan itu milik rakyat juga.