nuffnang ads

Friday, August 13, 2010

PEMBANGUNAN BARISAN NASIONAL HANYA GAH PADA PAPAN TANDA.

PAPAN TANDA tinggal papan tanda. Inilah barangkali modus operandi kerajaan Barisan Nasional untuk mengabui mata rakyat konon sepanjang pentadbirannya, pelbagai pembangunan dilakukan terutama membabitkan cadangan balai polis dan balai bomba di seluruh negara.

Maka dipacakkanlah ribuan papan tanda, dengan harapan untuk menyogok mata rakyat kononnya BN sebuah kerajaan yang amat prihatin. Namun realitinya tidak.

Hal yang sama dibangkitkan HARIAN METRO dalam laporan sisipannya hari ini mengenai cadangan balai polis di Taman Rasah, tidak jauh dari Seremban. Cadangan itu dikatakan telah dirancang lebih lima tahun lalu, malah tapak pembinaannya juga telah ada, cuma terbengkalai.

 Dilaporkan stringer HM Seremban, Mohd Amin Jalil, bahawa pengerusi KRT taman itu, Norasham Jaafar, sebagai berkata bahawa taman berkenaan amat memerlukan balai polis yang dicadangkan itu. Ini demi untuk keselamatan penduduk termasuk yang berhampiran yang dianggarkan lebih 8,000 orang.

Sedihnya, tinggallah papan tanda berkarat dikerumuni 'hutan belantara' bagaikan Hantu Galah yang sering sahaja menyakat perasaan rakyat yang terus-terusan berharap. Cadangan tinggal cadangan dan barangkali BN berharap rakyat tidak berkata apa-apa kerana dengan pemasangan papan tanda sahaja, BN menyangka ia sudah cukup membuktikan ia sebuah kerajaan berwibawa.

Untuk rekod, bukan papan tanda balai polis sahaja yang berkarat di seluruh negara, tetapi papan tanda balai bomba yang merupakan keperluan rakyat juga menerima nasib serupa. Jika tidak percaya, pergilah ke seluruh negara dan kita akan berjumpa papan tanda bertulis:Tanah Hak Milik :Persekutuan Kegunaan Polis DiRaja Malaysia dan CADANGAN PEMBINAAN BALAI BOMBA.

Janganlah kita ditipu sentiasa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10