SEORANG PEMUDA yang mendakwa bekerja sebagai pemandu dengan sebuah keluarga kerabat diraja, dicekup selepas didapati membawa dadah dipercayai pil kuda dalam kereta yang dipandunya, di Terengganu hari ini. Ujian air kencing dilakukan polis mendapati dia juga positif dadah jenis itu.
Pemuda berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 17 tahun. Polis turut menemui 29 pil kuda yang disorokkan di bahagian bawah tempat duduk kereta berkenaan. Berikutan itu kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan manakala sebuah kereta jenis Proton Wira turut dirampas.