HAJI TAJUDIN SAMAN, bekas wartawan Berita Harian yang dikejarkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam kelmarin kerana diserang angin ahmar, kembali pulih dan dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Putrajaya. Urusetia Kelab Bekas Wartawan Berita Harian, Isa Nikmat ketika mengesahkan, berkata Tajudin telah selamat menjalani rawatan dan beransur pulih. Rakan-rakan lama boleh menziarahi Tajudin di Putrajaya atau menghubungi Isa Nikmat untuk mendapat penjelasan lanjut.