KALAU Acha Septriasa ditimbang menggunakan dacing adiknya, Juwita berapalah sangat harganya. Itu belum ditambah dengan cerita kononnya dia dan Pasha Ungu ada hubungan yang intim sehingga pernah membuatkan ibunya pening kepala. Kemudian kalau dicampur pula dengan gosip yang cuba diadakan antara dia dan Dafi, teman sekuliahnya, harga Acha tinggal berapa?
Maka tidak hairanlah bercerita seorang siswi tempat kolej Acha belajar mengatakan barangkali kerana orang menyangka Acha tidaklah tinggi tarafnya sebagai artis pada kaca mata peminat, maka dia bukan sahaja sering dipujuk rayu oleh pelajar lain, tetapi turut digoda oleh seorang pelajar lelaki negro. Menurut mulut tuan punya cerita yang mahu dikenali sebagai Miss X, memang kelakar kalau diceritakan bagaimana pelajar negro itu memulakan ayat cintanya!
"Can I dinner with you tonight miss queen?" tapi sedihnya Acha bukan sahaja tidak menoleh, tetapi menjawab sepatah pun tidak. Entah Acha dengar atau tidak, Miss X tak tau sebab katanya ketika itu ramai pelajar lain melalui koridor bangunan.
Pernah juga pelajar negro itu mengekori Acha di luar pengetahuan artis yang dikatakan mulai mempunyai hubungan intim dengan kerabat itu. Menurut Miss X, pelajar negro itu ada juga bertanya kepada rakan-rakan lain siapa gadis yang manis dan kadang kala berpakaian seksi itu. Kawan sekuliah pelajar negro itu yang juga rakyat tempatan memberitahunya gadis itu adalah rakyat Indonesia.
Mendengar sahaja jawapan itu, pelajar negro berkenaan seperti tidak sabar-sabar mahu mencuba mengurat Acha. Tapi ditegur oleh rakannya dengan memberitahu lagi tak payahlah sebab Acha itu artis terkenal dan orang kaya!
Dengar cerita kata Miss X lagi,pelajar negro itu mogok tak datang kelas esoknya. Mungkin kecewa mendengar teguran kawannya. Itulah antara cerita Miss X tentang pelajar negro yang ada hati mahu memikat Acha. Miss X juga mengaku sering senak perut kalau bercerita hal itu dengan kawan-kawannya. Bukan pelajar sini sahaja yang memendam rasa, pelajar negro rupanya sampai merajuk begitu.
Agaknya, kalau pelajar itu tahu Acha kini berpacaran dengan kerabat diraja, tentulah lagi menitis air liurnya kesedihan! Cuma kalau mengikut laporan Harian Mero, Acha memberitahu dia dan kerabat itu hanya berhubungan biasa. Maknanya tiada yang istimewa. Tapi kata Miss X, bukankah itu jawapan artis yang diturunkan sejak dulu-dulu lagi. Nak jaga line tambah Miss X. Pak cik pun gelak. Bimbang dan terfikir juga, jangan sampai nanti ada pula keluar cerita yang di luar duga. Yalah, setakat ini yang baik-baik sahaja. Yang buruk digenggam kuat jangan sampai terhidu dek orang kan. Teringatlah Ariel, Luna dan Cut Tari...macam mana agaknya mereka berdepan kehidupan ini. Teringat adik Acha, si Juwita itu yang pernah gambar seksinya disiarkan dalam internet...omaak oooi! Seramlah pulak.