nuffnang ads

Sunday, August 15, 2010

MARI KITA GELAK RAMAI-RAMAI DENGAR CAKAP MUSTAPHA MOHAMED

MUSTAPHA MOHAMED KATA KERAJAAN PUSAT TIDAK MENGENEPIKAN RAKYAT KELANTAN APABILA MENYALURKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERUNTUKAN WANG EHSAN SEBANYAK RM25 JUTA TERUS KEPADA RAKYAT NEGERI ITU. ITU PUN KATANYA, MACAM WANG ROYALTI MINYAK JUGA.

INILAH CAKAP ORANG YANG TONGGANG TONGGEK SEMBAHYANG. KALAU BETUL MAHU BAGI WANG MILIK RAKYAT NEGERI KELANTAN, BUKAN BEGITU CARANYA. BAGI KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH KELANTAN. BUKAN BAGI SANA SIKIT, SINI SIKIT. KEMUDIAN BERITAHU AKHBAR DAN TELEVISYEN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TAK PERNAH ABAIKAN RAKYAT KELANTAN.

INI CAKAP ORANG APA SEBENARNYA? KONON DARI LUBUK HATI YANG BUSUK PEMIMPIN UMNO, KALAU BERI TERUS KEPADA KERAJAAN PAS, BELUM TENTU WANG ITU DAPAT KEPADA RAKYAT KELANTAN. INILAH SALAH SATU LAGI SIFAT PRASANGKA YANG MEMANG AMALAN UMNO SEJAK DULU. UMNO TAK AKAN PERNAH PERCAYA PADA ORANG LAIN. ORANG LAIN BAGI UMNO ADALAH PEMBELOT DAN TAK BETUL. SEBENARNYA APA YANG BOLEH DITAFSIRKAN IALAH UMNO SENDIRI YANG TIDAK BETUL. ORANG YANG TIDAK BETUL, BIASANYA MENUDUH ORANG LAIN TIDAK BETUL.

SUDAHLAH WANG DIAGIH-AGIH KE KAWASAN UMNO SAHAJA, KEMUDIAN SIAP UMUMKAN DIA DAH BAGI SEKIAN-SEKIAN BANYAK. MANA BUKTINYA DUIT RM25 JUTA ITU BETUL-BETUL MASUK POKET RAKYAT? KALAU MASUK SEMUANYA POKET RAKYAT KELANTAN, BOLEH MAAF LAGI. TAPI KALAU MASUK DALAM POKET PEMIMPIN UMNO KELANTAN, MACAM MANA?

INI SEMUA USAH TEMBERANGLAH. CERITA KORNER SANA KORNER SINI UMNO, BUKAN ORANG TAK TAHU. RAKYAT SEKARANG BUKAN MACAM DULU, SENTIASA ENGGEH-ENGGEH IKUT SAHAJA CAKAP UMNO. ORANG SEKARANG OTAKNYA DAH GELIGA. ORANG SEKARANG TAHU, KALAU 53 TAHUN MEMERINTAH PUN BARISAN TAK MAMPU BUAT SEPENUHNYA BATU NISAN UNTUK ORANG ISLAM, ATAU SEDIAKAN KAIN KAPAN ATAU PAPAN KERANDA SEPENUHNYA UNTUK ORANG ISLAM, USAH AUTALAH!

 UMNO BAKAL BERKUBUR. SELAMAT JALANLAH UMNO DARI HATI SAYA YANG TULUS IKHLAS!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10