nuffnang ads

Friday, August 6, 2010

NOH OMAR, KHIR DAN EZAM NAK SERANG JALAN KEBUN

NOH OMAR, KHIR TOYO DAN EZAM nak datang Jalan Kebun @ Orchard Road, Klang malam Ahad ni wak. Dengar cerita nak ceramah sampai muntah-muntah, fasal nak selamatkan khazanah Selangor. Poster dah naik, Ada gambar Najib. Gambar tiga ekor tu tak nampak pulak pada banner.

Lokasinya pula depan rumah seorang ketua pemuda cawangan UMNO. Kalau ikutkan, boleh muat 60 orang, tapi poster dan sms mak datuk, sampai ke pejabat Berita Harian di Bangsar nu. Kat Kuala Lumpur. Siap SMS tulis cara dan pelan untuk sampai ke lokasi ceramah. Nampak gaya macam nak jemput orang satu Malaya.

Puas ditelitikan apa sebenarnya maksud Selamatkan Khazanah Selangor tu. Ingatkan apa, rupanya pasir. La...kata Seman, pasir lagi. Ingatkan juga ada benda lain yang kerajaan PR cuba nak sorok dari rakyat, rupanya benda alah yang dikorek sejak zaman berzaman tu lagi.

Itu satu hal. Hal kedua ialah kita tengok nanti, macam mana tindakan polis. Adakah polis boleh benarkan ceramah di rumah orang. Atau polis akan bertindak menghentikan ceramah seperti berlaku di Johor dan beberapa negeri ketika ceramah PAS dan PKR baru-baru ini.

Saya cadangkan ceramah itu buatlah di padang luas sebab mudah kita nak kira berapa orang yang datang menggunakan telly counter.

TAK habis-habis nak buat lawak. Elok kita gelarkan mereka TRIO RAJA LAWAK PASIR.  Banyak orang Jalan Kebun hidup kais pagi makan pagi. Tak senang nak dengar tu semua kalau perut berbunyi tak beralas. Tak senang mereka nak campur, sedang dapur tak berasap! Dah lama dah mereka susah, warisan sejak 53 tahun lalu,

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10