nuffnang ads

Friday, August 6, 2010

APAKAH MEREKA MELAYU, MAKA PERMOHONAN KAD PENGENALAN MEREKA JADI SUSAH SANGAT

INI ADALAH tender terbuka untuk kerja-kerja memarahi, melepaskan geram dan menaiktaraf hairan dan pelik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tentang susahnya kerajaan sejak zaman purba itu meluluskan permohonan mendapatkan kad pengenalan bagi dua kes, melibatkan seorang wanita Melayu berusia 20 tahun di Negeri Sembilan dan seorang lelaki Melayu berusia 36 tahun di Melaka.

Tok Hisham sepatutnya memandang serius permohonan bagi kedua-dua kes itu yang telah berlarutan sekian lama. Dalam kes yang pertama melibatkan seorang wanita bernama Norida Baharin, Wanita itu sehingga kini hanya memegang sijil kelahiran tanpa kad pengenalan. Permohonan telah diajukan berkali-kali, termasuk yangg terakhir kira-kira dua bulan lalu. Malah permohonan itu telah diserahkan secara terus kepada Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara.

 Ayah Norida adalah seorang warganegara Malaysia, tetapi berkahwin dengan seorang warga Indonesia tetapi tidak dapat dikesan sehingga kini. Permintaan terakhir JPN adalah sijil pernikahan ayah Norida tetapi yang diperolehi hanyalah salinan sijil itu dan telah juga diserahkan kepada JPN dua bulan lalu.

Sehingga kini tiada khabar berita mengenai permohonan itu. Dalam kes kedua, latar belakangnya juga serupa. Ayah pemohon warganegara Malaysia dan ibunya warganegara Indonesia. Berlaku kesilapan teknikal, sehingga pemohon hanya memperolehi kad pengenalan berwarna merah (PR) manakala adik-adiknya semua memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.

KADANG-kadang tertanya juga, apakah kerana mereka Melayu, maka susah sangat permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan itu diluluskan.

Sekadar makluman kepada Tok Hisham. Kedua-dua pemohon lahir di Malaysia, di negara yang ditadbir oleh UMNO sejak 53 tahun lalu

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10