nuffnang ads

Friday, August 13, 2010

NOH OMAR DAN ISMAIL SABRI YAAKOP SILA LETAK JAWATAN! ANDA GAGAL!

MALAYSIA dianugerahkan tanah yang subur melata oleh Allah dan Malaysia tidak perlu menyewa tanah dari luar negara untuk melaksanakan projek pertanian bagi menghasilkan produk kegunaan mencukupi lagi murah buat rakyatnya.

Ini adalah hakikat dan semua pemimpin UMNO mesti akur dan tidak perlu berdalih-dalih. Namun apakah yang UMNO telah buat selama 53 tahun dari anugerah tanah yang subur ini? Apakah UMNO telah melakukan yang terbaik, merancang dan melaksanakan satu dasar pertanian yang konkrit demi menjaga kebajikan rakyatnya?

 Jika UMNO telah melakukan yang terbaik, mana mungkin kita terus-terusan mengimport gula, bawang merah, bawang putih, sayur-sayuran dan pelbagai barangan harian pertanian yang menjadi kegunaan rakyat. Kita tidak boleh menipu rakyat mengatakan tebu, bawang, sayur dan banyak lagi tanaman pertanian tidak sesuai ditanam di sini. Tanah kita subur. Kalau kita mengatakan ia tidak sesuai, itu bukan menipu rakyat namanya, tetapi menipu Tuhan!

 Malangnya, sikap kerajaan yang tidak cerdik menyebabkan kita terpaksa mengimport 99 peratus gula dari negara luar. Begitu juga bawang dan beras. Terakhir, harga bawang putih meningkat RM10 sekilogram. Puncanya apa? Puncanya kerana kita mengimport dan terlalu bergantung secara tradisi mengimport bawang putih dari negara China. Kata Ismail Sabri, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi! Amatlah malang katanya, rakyat negara ini berdepan harga bawang putih yang begitu tinggi, tetapi ia tidak dapat dielakkan. Inilah jawapan bacul seorang pemimpin yang entah macam mana boleh diberi peluang untuk menjadi menteri!

 Saya mahu membuka mata Ismail dan Noh yang jadi Menteri Pertanian. Sila buka mata luas-luas mendengar cakap orang. Kata orang kalau bodoh, tolong dengar cakap orang yang mungkin sedikit cerdik! Saya cabar Noh Omar kalau dia kata, gula, bawang putih dan beras tidak boleh ditanam di negara kita. Saya cabar dia, kalau saya silap dia menang pilihanraya. Kalau saya benar, dia kalah tujuh keturunan bertanding!

Apakah saudara-saudara sebegitu daif dalam berfikir dan merancang dasar pertanian yang terbaik untuk negara? Kenapa sikap BIAR PAPA ASAL BERGAYA menjadi ikutan saudara-saudara yang menjadi pemimpin? Tanamlah semua keperluan dalam negara. Tanamlah padi secukupnya, tanam bawang secukupnya, tanam tebu untuk hasilkan gula secukupnya. Amat mudah formula yang perlu saudara-saudara ikut. Rancanglah secara baik. Gunakan kepakaran pertanian yang ada di negara ini untuk menanam semua jenis tanaman untuk keperluan rakyat, supaya kita tidak lagi mengimport sepenuhnya!

Saudara menteri-menteri tentunya bersekolah. Tentulah saudara tahu, membeli dari orang menimbulkan banyak masalah daripada kebaikan. Mengimport dari  luar membawa banyak buruk dari yang baik. Apabila orang menjual harga mahal, kita terpaksa beli dengan harga mahal juga, sebab barang itu kita tak hasilkan tetapi pada masa sama ia menjadi barang yang amat-amat perlu. Akibatnya apa saudara-sauadara pandir semua? Tentulah rakyat terbeban dengan harga tinggi. Ekonomi terjejas dan hati menjadi semakin sakit dan sakit.

Noh khasnya, jangan berlindung di sebalik alasan orang bodoh-bodoh untuk mengetepikan pandangan ini. Kalau saudara boleh melihat cara anggur ditanam di negara ini, apakah saudara rasa menanam padi, bawang putih dan tebu satu kerja yang amat susah?

 Jangan lagi kata kita masih merancang. Merancang apa lagi saudara menteri? Telah 53 tahun diberi tempoh, mustahillah untuk merancang menghasilkan barangan pertanian kegunaan rakyat menjadi masalah yang besar sangat. UMNO telah diberi 53 tahun bukan 53 hari untuk merancang dan melaksana. Hasilnya apa? Hasilnya apa? Tolonglah jadi orang yang bijak dan tidak dicaci serta dimaki oleh kerana terlalu daif dalam memimpin. 53 tahun saudara! 53 tahun! Bukannnya 53 hari. Kalau dalam tempoh 25 tahun kita telah berjaya menghasilkan kereta Proton pelbagai model, susah sangatkah memastikan hasil pertanian sentiasa mencukupi di negara ini?

 Itu sebablah rakyat menolak UMNO dan semakin menolaknya ke dalam longkang. Sepatutnya sebagai pentadbir adalah WAJIB memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Kami bukan mahu ubat jerawat atau suntikan botox percuma. Kami hanya mahu barangan pertanian keperluan mencukupi dan tidak menjadi masalah turun temurun sejak merdeka. Dan kami mahu berjimat supaya ekonomi keluarga kami baik dan ekonomi negara juga sihat. Tapi kalau semuanya mahu diimport termasuk batu nisan dan kain kapan....saudara fikirkanlah. UMNO parti jenis apakah ini?

Sepatutnya, Malaysia telah lama maju sebagai negara pertanian yang dikenali seluruh dunia kerana mengeksport pelbagai hasil pertanian dan bukannya dikenali sebagai negara yang ada tanah subur tapi berlagak BIAR PAPA ASAL BERGAYA dengan menjadi pengimport barangan pertanian sampai kiamat!

 Selayaknya saudara Noh, Ismail Sabri dan semua dalam UMNO letak jawatan kerana anda dalam kelompok manusia yang GAGAL.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10