nuffnang ads

Friday, August 13, 2010

PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN PEMIMPIN PARTI

Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang senang didekati, yang sering melemparkan senyum. Berjalan menunduk, tetapi membawa hati lapang dan fikiran tenang. Tak pernah ia berkalih kalau tersalah, tak pernah ia berdalih kalau silap. Tak luka hatinya kalau orang tak pandang, tak naik riaknya melihat orang yang lebih. Pemimpin sejati adalah pemimpin yang dikehendaki. Ketiadaannya dirasai dan kehilangannya ditangisi.

 Pemimpin sebegitu memang sukar dicari, tetapi tidak mustahil ditemui. Ada pun catatan ini mahu mengingatkan diri sendiri dan pemimpin parti Pakatan Rakyat. Sama ada pemimpin yang besar mahupun pemimpin yang kecil. Masa untuk anda sebenarnya semakin singkat. Dekatilah golongan muda serapat-rapat. Akrabkanlah hubungan sedekat-dekat. Jangan hanya menunggu mereka di surau atau di masjid, jangan nanti mereka hanya di ofis atau di majlis. Golongan muda banyak sifatnya santun dan malu. Golongan muda mahu disayang. Tunjukkanlah kasih sayang anda biar melimpah tak rugi, biar membanjir tak kurang. Ruang di antara anda dan mereka umpama berdiri di dalam saf. Hati biar bersentuh, Badan saling berganding. Tepuklah bahu mereka menunjukkan kasih.

Tunduklah bertanya mendengar apa yang mereka rintihkan, Angguklah setuju biar separuh benar. Letakkan kesakitan anda di dalam penderitaan mereka. Selamilah jiwa mereka yang berbadai dengan renang tak kocak. Mereka tak mungkin lari kecuali anda tidak peduli. Mereka tak akan berpatah kalau anda tak berkata ah!

 Pada mereka tunjukkan contoh. Pada mereka tunjukkan teladan. Mereka adalah sebidang kain putih. Jangan salah kita melakar. Jangan silap kita mencakar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10