nuffnang ads

Saturday, August 21, 2010

NAJIB PESAN. DAH DEKAT PILIHANRAYA NI, CEPAT-CEPAT JUMPA RAKYAT

DI KANGAR, Perdana Menteri, merayu sangat-sangat kepada pemimpin Umno bahagian dan cawangan supaya menyelesaikan masalah rakyat. Katanya, itu penting kerana ia akan dapat menarik SEMULA sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum ke 13.

Telah terang bersuluh lagi. Umno mesti jumpa rakyat. Mesti jumpa rakyat bila dah dekat pilihanraya. Masa itulah Umno kena tolong rakyat. Bila dah menang nanti tak payah pening kepala. Demikian antara maksud kalau ditafsirkan daripada rayuan yang dibuat. Ini berdasarkan pengalaman. Rakyat dah masak benar taktik sepak bola keluar untuk menang!

Kata Najib, janji mesti ditunaikan. Janji untuk bantu rakyat mesti ditunaikan. Menjadi pertanyaan, janji yang mana satu ni? Janji sejak 1957 ke? Janji yang nak naikkan taraf hidup Melayu konon, duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain dalam ekonomi? Kalau janji itu, tak payahlah. Orang Melayu dah serik, dah kecewa. Sampai sekarang orang Melayu hanya ada 18 peratus ekuiti. Yang hairannya, pemimpin Malaysia orang Melayu, kenapa susah sangat nak tolong Melayu. Dah 53 tahun Melayu pegang kuasa, mustahil tak boleh lonjakan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Tengok Singapura, sebagai contoh. Pemimpinnya Cina. Tengok macam mana mereka tolong bangsa Cina, walaupun Melayu mereka tak lupa. Cuba tala mata pandang ke Jepun. Pemimpinnya orang Jepun. Mereka tolong orang Jepun supaya kuasai dunia. Cara mereka tolong macam tak ada hari esok.

Demikianlah. Jangan bila rasa kuasa mula tergugat dan semakin terhakis, barulah lintang-pukang macam tak cukup tanah lari cari orang Melayu nak minta sokongan. Ini perangai tak semenggah namanya.

Satu lagi, ketika Najib merayu pemimpin bahagian dan cawangan Umno supaya tolong rakyat, beliau terlupa yang zaman sekarang manalah ada tolong dalam bentuk air liur. Depa yang nak menolong tu pun bukan kecil mulutnya. Kalau sekali nganga tak ada puluh-puluh ribu, macam enjin motosikallah jadinya. Tak akan  hidup-hidup sebab tak ada sparkplugnya!

Entah-entahlah. Kadang-kadang tengok Umno ni dah jadi macam luncai. Terjun ke sana sini macam juga tupai. Letih-letih terjun jatuh pulak ke tanah. Bedebaaapp. Alahai.
 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10