nuffnang ads

Saturday, August 21, 2010

INI ADALAH BAYI YANG KE 66 DIBUANG DI NEGARA KITA.

BAYI KE 66 yang dibuang sepanjang tahun ini ditemui penduduk ditinggalkan di atas bangku pondok menunggu bas di kilometer 14, Jalan Pedas-Linggi, awal pagi semalam. Malangnya, bayi tidak berdosa itu telah meninggal dunia ketika dijumpai beberapa orang pelajar dalam perjalanan ke sekolah.

Ceritanya ialah buang bayi, Buang insan yang baru dilahirkan dan belum sempat belajar banyak tentang cacamarba dunia ini. 

OCPD Rembau, Superintendan Mizan Mohd Dom berkata, ketika ditemui bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala. Siasatan awal polis pula mendapati ada kesan lebam pada kepala, mata dan belakang badannya. Maknanya, mungkin dia didera!

Apalah nak jadi dengan manusia hari ini. Bayi itu belum kenal dunia lagi, Belum tahu rasa sakit dan belum faham erti gembira. Kenapalah diseksa?

Nampak benar, gembar-gembur peraturan dan undang-undang mahu kenakan hukuman mati kepada pembuang bayi yang baru diumumkan macam tak dipedulikan. Macam resmi bangkai. Lagi lama, lagi busuk, lagilah banyak langau datang! Kasihan mak cik Sharizat. Semakin meninggi suaranya, semakin banyak pula bayi dibuang. 

Saya fikir, balik sajalah kepada hukum Islam. Balik kepada asas supaya rakyat negara ini diterapkan nilai-nilai Islam secara keseluruhan. Kerajaan yang ada beranikah melakukannya?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10