nuffnang ads

Thursday, August 19, 2010

MANA LEBIH PENTING? FELDA BAYAR HUTANG ATAU BAYAR ZAKAT?

PUTRAJAYA: Sempena majlis berbuka puasa bersama kabinet, menteri besar dan ketua menterinya semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak, sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda telah menyampaikan zakat kepada 14 Pusat Zakat Negeri membabitkan jumlah sebanyak RM28.82 juta.

Jumlah itu adalah zakat yang dikeluarkan oleh Felda dan anak syarikatnya, Koperasi Permodalan Felda (KPF) melibatkan nilai zakat RM14.92 juta oleh Felda dan RM10.90 juta oleh KPF.

Dalam Islam zakat ini wajib bila telah capai ukuran dan timbangan-timbangan tertentu. Soalan saya ialah ketika Felda dan KPF menyempurnakan tanggungjawabnya menunakan zakat, tidakkah agensi itu terfikir pula soal hutangnya. Soal hutangnya kepada kerajaan bernilai lebih RM3 bilion (bukan RM3 juta) yang dikatakan masih belum dibayar. Ini terpaksa dibangkitkan kerana hutang adalah hutang dan setiap hutang mesti dibayar.

Pada masa sama, kalaulah hutang itu tidak berkemampuan untuk dibayar, adakah zakat itu pula menjadi wajib? Saya kurang arif dalam soal hukum ini. Kalau saya salah, tolong betulkan.

Peri pentingnya soal hutang RM3 bilion ini dibangkitkan adalah kerana hutang itu datangnya daripada duit rakyat yang sebahagiannya pula dikaut begitu mudah dari kantung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berbaloikah kerajaan memberi Felda hutang sebanyak itu kalau ia tidak mendatangkan faedah, sebaliknya hanya mendatangkan musibah? RM3 bilion kalau dilaburkan dalam perniagaan lain, tentu menguntungkan. Tentu juga mendatangkan hasil kepada semua pencarum KWSP.

Rakyat jelata sekarang seolah-olah sedang diajak menonton wayang padang oleh kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang lokos fikirannya. Ketika heboh kononnya tak bankrap, ketika heboh kononnya untung, ketika heboh kononnya mampu memberi RM350 bonus raya kepada peneroka dan ketika heboh mampu berzakat RM25.82 juta kepada PZN, rakyat tertanya-tanya kenapa tak heboh fasal hutang RM3 bilion yang tak berbayar itu. Soal hutang itu bukan cakap orang biasa. Itu cakap bekas Timbalan Menteri yang pernah diberi tanggungjawab hal ehwal Felda, iaitu Dr Tan Tee Kwong. Dia yang bagitahu hal hutang RM3 bilion yang belum dibayar itu.

Kerajaan kena ingat. Rakyat yang menonton wayang padang ini tidak lagi memakai cermin mata hitam pada sebelah malam. Mata rakyat yang menonton wayang padang ini masih celik.Tidak kasihankan mereka kalau kita berbohong dan terus berbohong. Duit simpanaan dalam KWSP itu duit mereka. Bukan duit kerajaan atau duit Felda. Jangan ambil sikap pandang mata sebelah. Bayangkan rakyat yang menyimpan duit dalam KWSP itu.  Bayangkan susahnya mereka mahu menggunakan duit sendiri yang disimpan. Kerajaan kena ingat. Kena ingat betul. Betul-betul kena ingat,  Kerajaan kena ingat berapa ramai pencarum KWSP yang bankrap, yang disenaraihitam, yang tidak bekerja, yang merempat dan yang banyak berhutang sehingga keluarga mereka punah ranah. Mahu menggunakan sedikit wang daripada KWSP untuk langsaikan segala masalah itu pun susah. Alih-alih kerajaan boleh senang lenang bagi Felda berhutang. Bukan sedikit, tapi RM3 bilion yang sampai sekarang tidak dibayar-bayar!

 Kalau saya salah tolong betulkan, Kalau saya dan rakyat lain betul, Allah juga yang akan memberi hukuman setimpal kepada kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. Boleh?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10