nuffnang ads

Saturday, August 14, 2010

MALAYSIA BOLEH TO SUPPORT MAZIDUL'S WELCOME TO ALL INTERNATIONAL CRIMINALS

MAZIDUL menyenaraikan beberapa kejadian melibatkan warga asing yang terbabit dalam jenayah dalam tempoh terdekat di beberapa lokasi di negara ini. WELCOME TO ALL INTERNATIONAL CRIMINALS kata Mazidul dalam blognya. Saya tunduk,  pegun dan tekun. Saya angguk, faham dan khatam. Untuk menambah sedikit, MALAYSIA BOLEH, Mazidul.. 

Lima senarai Mazidul tentang pembabitan warga asing dalam jenayah ini patut membuka mata semua pihak, bahawa Malaysia menambah satu lagi keistimewaannya. Semakin terkenal sebagai "hub jenayah antarabangsa" dan tidak mustahil boleh menggantikan bandar-bandar lain dunia yang pernah disinggahi mafia sebagai lubuk jenayah yang MURAH, MUDAH DAN TAK KISAHlah!

a.Polis Temerloh Pahang memburu 3 lelaki Colombia kerana cuba merompak rumah seorang tauke kilang papan di Tamanm Setia, Mentakab, Rabu lalu.
b.Di Lumut, Perak polis menahan 7 suspek dalam kes bunuh Ahli Majlis Perbandaran Manjung di Changkat Jering pada 31 Julai. Saspek utama seorang lelaki Myanmar berusia 22 tahun
c.Di Seremban, Negeri Sembilan, seorang lelaki Kemboja dipenjara 4 bulan dann denda RM10,000 kerana cuba merasuah polis
d.Elie Youssef, konon si jutawan, dihukum penjara 3 tahun setiap satu bagi 2 tuduhan menipu dan liam bulan lagi atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial
e.8 lelaki dan 2 wanita warga Taiwan, Singapura dan Indonesia antara 22 saspek yang ditahan bersama dadah bernilai RM10 juta dalam kontena di pelabuhan.

Singgahlah di blog Mazidul di http://Mazidulakmal.blogspot.com

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10