INDIA pada awalnya djangka mengharamkan penggunaan telefon Blackberry hanya selepas beberapa negara termasuk Malaysia berbuat demikian, namun kebimbangan melampau yang disuarakan pakar keselamatan negara itu terhadap penyalahgunaan kod pengguna mesej, memaksa India membuat keputusan drastik mengharamkan Blackberry menjelang 31 Ogos ini.
Berikutan pengharaman itu. India mengikuti tindakan negara UAE, Arab Saudi dan Algeria bertindak tegas sebagai cara berwaspada menangani ketirisan maklumat keselamatan sehingga boleh menggugat ketenteraman global. Antara insiden mempengaruhi tindakan India mengharamkan Blackberry ialah serangan Mumbai yang membunuh 166 rakyatnya.
Pakar perisikan memperolehi maklumat serangan itu dilakukan militan yang berpusat di Pakistan dan telah menggunakan telefon Blackberry menerusi satelit untuk melancarkan serangan berkenaan.
Sementara itu, pengendali Blackberry, Research in Motion (RIM) bagaimanapun dikatakan mencuba dengan pelbagai cara untuk memujuk India dengan menawarkan mesin bacaan bagi menterjemah mesej kiriman yang dikodkan oleh pangkalan penerimanya kepada negara itu.
Bagaimanapun pakar keselamatan India tidak berganjak dan menasihatkan pemimpin negara itu menolak tawaran berkenaan sebaliknya mengekalkan pengharaman Blackberry menjelang hujung bulan ini. Dengan tindakan itu, dijangka 141 juta pengguna Blackberry di India akan terjejas.