nuffnang ads

Saturday, August 14, 2010

LAWAK-LAWAK JUGA. TAPI RENUNG-RENUNGKANLAH

1.MALAYSIA  - Adalah dua perkataan yang diterjemahkan bebas membawa maksud yang tak pernah kita fikirkan. MALAY dalam bahasa Inggeris bermaksud MELAYU. SIA pula bermakna RUGI. Cuba sambungkan, ia menjadi MELAYUSIA ATAU MELAYU RUGI. Jangan ada yang nak pandai-pandai tambah L di belakang MELAYUSIA. Nanti mengamuk satu negara.

 2.SELANGOR - Selepas Engkau Lafaz Akad Nikah, Gaullah Orang Rumahmu. Oleh kerana wakil BN tidak mematuhi formula daripada perkataan Selangor itu pada tahun 2008 mereka ditimpa kekalahan. Mana tidaknya, setiap kali menjelang pilihanraya bukan main lagi janji dan rayuan mereka. Bulan bintang pun dijanjikan, tapi bila dah menang hilang. Maka pada tahun 2008, rakyat mengajar BN satu pelajaran yang pahit bak jadam. Padan muka engkau.

3.KELANTAN - Kalau Engkau Lawan Aku, Nanti Teruk Aku Nangis. Namun itulah realitinya. Setiap kali pilihanraya, rakyat Kelantan tetap lawan BN/UMNO sehingga berpenggal-penggal UMNO nangis sehingga kelihatan telah tak ada minat untuk bertanding atau berasa semangat untuk menang di negeri itu.

4. PERAK - Penghujung Episod, Rakyat Akan Kecewa. Apa pun berlaku, kemenangan bukan milik BN dalam erti kata sebenar kerana kemenangan itu telah membuatkan rakyat terasa begitu kecewa.

5. KEDAH - Kalau Engkau Datang Aku Hambat - BN tak payah menanam harapan untuk kembali berkuasa, Kerajaan negeri pimpinan PAS telah diterima rakyat. BN datang, rakyat akan hambat. Maksudnya kalahlah dalam pilihanraya.
  
Selamat berteka-teka

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10