nuffnang ads

Saturday, August 14, 2010

HATI-HATI BELI DAGING MENJELANG AIDILFITRI. DAGING IMPORT DARI INDIA SEMUANYA DAGING KERBAU.

KLANG: PENGGUNA di negara ini terutama penggemar sup ekor dan sup tulang dikatakan telah tertipu sejak berpuluh tahun lalu apabila kebanyakan mereka termakan daging KERBAU dan bukannya LEMBU seperti diharapkan, ekoran tindakan kerajaan kurang peka memaklumkan mengenai status daging yang diimport dari India.

Walaupun masalah ini telah dibongkar oleh media sejak berbelas tahun lagi, namun sikap dingin kerajaan yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh memaklumkan tentang daging kerbau itu, menyebabkan banyak pengguna tidak menyedari mereka ditipu.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar ketika ditanya baru-baru ini mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengimport daging lembu dari India, sebaliknya daging yang banyak dibekukan itu adalah daging kerbau. Bagaimanapun, katanya kerajaan ada mensyaratkan pengedar dan penjual supaya label daging kerbau ditampal pada setiap kotak  daging yang diimport itu.

Namun difahamkan, tiada pembekal mematuhi peraturan itu kerana bimbang pengguna tidak akan membelinya selepas menyedari ia adalah daging kerbau dan bukannya lembu.

Walau apa pun alasan diberikan kerajaan, hakikatnya pengguna, terutama penggemar daging lembu telah tertipu dalam tempoh yang begitu lama dan  beberapa kajian dilakukan di sini sebelum ini juga mengesahkan daging dari India adalah daging kerbau.

Persoalannya kenapa kerajaan bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku dan pengimportan ini berterusan sehingga menipu sebegitu banyak pengguna.

 Difahamkan, 80 peratus daging yang diimport oleh negara ini datangnya dari India dan setiap tahun dikatakan sebanyak 80,000 tan daging kerbau itu dibawa masuk bagi memenuhi keperluan restoran yang menyediakan sup ekor dan sup tulang.

Mengikut logik adalah mustahil India akan mengeksport daging lembu ke luar negara, apatah lagi dalam jumlah yang besar kerana ternakan itu dianggap mulia di kalangan penganut Hindu.

Sehubungan itu, umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dinasihatkan tidak membeli daging beku dari India jika mereka berhajat mendapatkan daging lembu. 

Mereka dinasihatkan mendapatkan daging lembu daripada pembekal tempatan. Begitu juga kepada peminat sup ekor dan sup tulang. Jangan berasa bersalah atau menyalahkan pengusaha restoran kerana mereka sendiri tidak tahu daging yang dibeli itu adalah daging kerbau. Yang bersalah adalah sikap sengal kerajaan kerana terlalu lemah dalam membuat penjelasan.

Nasib baiklah daging ternakan haiwan sejenis. Kalau sekian lama tertipu dengan daging yang bukan lembu atau kerbau, macam mana?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10