nuffnang ads

Saturday, August 7, 2010

LAGI KES MENUNGGU KAD PENGENALAN BERTAHUN-TAHUN

LAGI RAKYAT ANAK KELAHIRAN MALAYSIA menagih simpati memohon kad pengenalan. Kali ini 7 adik-beradik berusia di antara 23 dan 33 tahun di Kampung Tanjung Bayan, Hutan Melintang.

Mereka Mohamad Hafizul Haffiz, Zainal Arifin, Norlaila, Zainal Afendi, Yusrina, Mohamad Alias dan Kaspul Anuwar. Mereka dilahirkan di Kampung Tanjung Bayan, walaupun kedua-dua ibu bapa mereka warga Indonesia. 

Mereka mendakwa belum memperolehi MyKad dan hanya memegang sijil kelahiran walaupun kakak yang sulung, Mariati, 45, yang dilahirkan di Tanjung Pinang, Indonesia telah pun mendapat kad pengenalan
.
"Kami hanya tahu Malaysia sebagai tanah tumpah darah...kami mahu mati di sini" demikian luahan adik-beradik itu. (Baca Berita Harian 7 Ogos)

Demikianlah Tok Hisham, masih TERLALU ramai anak yang lahir di Malaysia masih belum mempunyai kad pengenalan, termasuk dua kes, seorang wanita di Negeri Sembilan dan seorang lelaki di Melaka yang kes mereka boleh dikatogerikan sebagai kes'teraniaya'

Kenapa saya katakan dua kes itu lagi teraniaya adalah kerana, kedua-dua bapa mereka adalah warga negara Malaysia dan lahir di negara ini. Malah dalam kes lelaki di Melaka yang pernah saya rujukkan kepada pegawai Tok Hisham, kesemua adik-adiknya yang lain memiliki Mykad. Cuma dia sahaja yang diberi kad pengenalan merah atau PR.

 Berdasarkan pengalaman saya membantu menguruskan hal-hal melibatkan permohonan kad pengenalan ini, kebanyakan masalah berpunca daripada kegagalan pemohon memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mengemukakan sijil nikah bapa dan ayah.

Namun, amat pasti mereka adalah anak Malaysia kerana lahir di atas bumi Malaysia dan menangis serta  tumpah darahnya di tanah watan ini.

Tolonglah faham hak mereka ini sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir semata-mata mahu mendapatkan 'geran' sebuah kehidupan yang sah dan sahih sebagai anak Malaysia. Tolonglah mengerti wahai pemimpin yang mendakwa sayangkan rakyat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10