nuffnang ads

Saturday, August 7, 2010

JIKA ANCAM KESELAMATAN NEGARA, BLACKBERRY AKAN DIHARAMKAN!!!I

TELEFON PINTAR BLACKBERRY mungkin  diharamkan penggunaannya di negara ini jika kajian teliti yang sedang di fasa akhir mendapati ia amat membahayakan keselamatan negara. Mungkin juga penggunaannya, akan dibenarkan tetapi mesti melalui pendaftaran dan keizinan dari sebuah badan yang bertindak sebagai pemantau dan penapis bagi mengimbangi kebimbangan berhubung penyaluran maklumat dan rahsia secara tidak terkawal.

Pengumuman mengenai keputusan yang bakal diambil kerajaan  dijangka dibuat  dalam tempoh yang terdekat.

Sumber-sumber dalam bidang  komuniklasi juga tidak menolak tindakan drastik yang bakal diambil oleh kerajaan sebagai langkah mengelakkan kemungkinan keselamatan nasional terancam berikutan kepintaran telefon Blackberry mengumpulkan segala data dan maklumat tanpa berpilih ke satu pangkalan.

 Malah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, turut mengesahkan bahawa pada masa ini Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti dan memperinci serta mengumpul maklumat mengenai kemungkinan itu.

 Katanya, pengumpulan maklumat yang disalurkan kepada satu pangkalan itu dibimbangi disalahguna oleh pihak tertentu, khususnya bagi kerja-kerja perisikan. Dan ini sudah tentunya turut mempengaruhi keselamatan ketenteraan dan maklumat yang dikelaskan sebagai kerahsiaan besar.

 Jika tindakan pengharaman itu dilakukan, Malaysia akan menjadi negara selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai antara negara yang mengharamkan penggunaan telefon pintar Blackberry di atas faktor keselamatan.

Blackberry adalah telefon pintar yang dikelaskan sebagai 'one-stop, no-compromise and wireless' yang memberi akses pengguna kepada emel, telefon, web dan pengaturcara. 

 Difahamkan, penciptaan telefon pintar ini amat dikagumi oleh pakar perisikan kerana ia mendahului zaman di mana pengguna tanpa sedar membiarkan segala maklumat penting tersalur ke dalam kantung penyimpanan yang kemudian amat mudah pula dicerakinkan segala maklumat itu oleh pihak berkepentingan .

Banyak negara juga dikatakan sedang meneliti dengan serius kesan buruk daripada penciptaan kelas pertama telefon Balckberry tetapi terpaksa berdepan dilema untuk mengharamkannya ekoran ia adalah satu ciptaan yang termaju tetapi pada masa yang sama menimbulkan kesan sampingan di segi keselamatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10