nuffnang ads

Saturday, August 7, 2010

ARTIS MALAYSIA BANYAKNYA HAPRAK. SEORANG DUA AJE YANG BOLEH PAKAI

Puas disemak nama satu persatu. Susah sangat nama-nama artis Malaysia ni melepasi sistem tapisan nama bersih. Ada yang kantoi dalam bab jenayah, ada yang kantoi bab dadah, ada yang kantoi bab keganasan rumah tangga. Ada yang kantoi dalam bab sesat dan menyesatkan.

 Kalau sahsiah diri tu jangan tanya lagi. Ada artis usahkan pandang dari belakang, pandang dari depan pun susah nak tulis nama dia gunakan bin atau binti. Belum lagi yang jenis bertindik situ sini. Belum lagi yang kena tangkap khalwat dengan laki orang, dengan bini orang. Yang kahwin segera dengan peminat, yang makan duit peminat dan yang paling hina dina yang tak kenal lagi Tuhan. Walaupun Tuhan itu tetap ada, segelintir artis kita seolah-olah tak pernah terfikir Tuhan itu ada. Maka ketika orang solat magrib, dia tonggang botol, ketika orang masuk berbuka Ramadan dia berbuka tubuh.

 Demikian tingginya peratusan artis kita yang gagal melepasi ujian nama bersih menguatkan lagi rumusan bahawa memang artis Malaysia haprak, sehaprak artis negara jiran. Sehabprak Ariel, Cut Tari dan Luna, sehaprak Kris Dayanti yang tonyoh mulut bercium depan khalayak. Dan sehaprak  Sheila Marcia yang bertuankan dadah.

Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada artis kita kecuali kehaprakan. Hanya segelintir seorang dua yang lepas membawa diri, menjunjung ikon. Yang lain-lain adalah sampah sarap yang perlu dikitar semula untuk dijadikan barangan lain supaya boleh diberi harga dan mempunyai nilai.

Jangan salahkan orang kalau artis kita dikatakan haprak. Depanilah realiti, walaupun ada marah dan kesumat tak bertepi. Jangan cemburu orang lain yang haprak. Mereka tak disentuh, sebab mereka bukan artis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10