TAK PAYAHlah kita heboh sangat...tak payahlah. Setakat ini tak ada pembabitan pihak ketiga. Demikian antara kata-kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika mengulas perkembangan kes kematian bekas Adun Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Naib Ketua Wanita UMNO Tg Karang, Siti Rohana Ismat.
Kata Khalid, kertas siasatan mengenai kes itu telah hampir 90 peratus siap dan beliau yakin kes itu tidak melibatkan kes ketiga.
Menurutnya, sebelum ini pihaknya terpaksa menyiasat daripada pelbagai sudut kerana khuatir pembabitan pihak ketiga berdasarkan kedudukan allahyarham sebagai bekas wakil rakyat sebelum ini. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, beliau begitu yakin ia tidak membabitkan pihak lain.
Setakat ini, difahamkan 12 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan kes itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi empat hari lalu, kedua-dua mereka dipercayai mati akibat tembakan dilepaskan dari jarak dekat. Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan di kepala Abdul Aziz, manakala kepala Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan.
Turut ditemui sepucuk revolver .38 dalam kereta Toyota Caldina yang mereka naiki.
Turut ditemui sepucuk revolver .38 dalam kereta Toyota Caldina yang mereka naiki.