nuffnang ads

Saturday, August 28, 2010

KEPUTUSAN BADMINTON PIALA DUNIA. LIN DAN KALAH, CHONG WEI KALAH

DUA PILIHAN TERATAS, ranking pertama dunia, Lee Chong Wei dari Malaysia dan si mulut celupar Lin Dan dari China, ditunjukkan jalan keluar apabila mereka tumpas mengejut kepada lawan masing-masing pada peringkat suku akhir pertandingan Badminton Dunia Yonex di Paris malam Jumaat.

Chong Wei tumpas kepada Taufik Hidayat dengan rubber set, 15-21, 21-11 dan 12-21 manakala kejutan terbesar menimpa Lin Dan apabila dia dikalahkan oleh Park Sung Hwan dari Korea Selatan dalam perlawanan dua set, 21-13, 21-13.

Permainan Lin Dan serba tidak menjadi apabila diasak bertalu-talu oleh Park dalam dua set yang mengambil masa hanya 40 minit.

Dengan kekalahan itu, pertandingan Badminton Dunia kali ini kehilangan serinya berikutan pemain di luar jangkaan terutama Park dan Taufik membunuh jalan cerita di peringkat suku akhir, dengan menewaskan dua pemain pilihan utama.

Sementara itu, bergu Malaysia, Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam rubber set, 23-25, 21-13 dan 21-14.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10