nuffnang ads

Saturday, August 28, 2010

KALAULAH NAMEWEE TINGGAL DI SINGAPURA, BARU DIA TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH

KALAULAH Namewee tinggal di Singapura, jadi rakyat Singapura dan tertakluk kepada undang-undang Singapura, barangkali baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Syukurnya dia tinggal di Malaysia, maka apa sahaja carut, aksi lucah dan bahasa sinis yang berbaur hasutan mengambil masa agak lama untuk diperhatikan. Silap-silap kalau tak ada orang komplen atau membuat laporan polis, Namewee mungkin boleh bebas buat klip video dan lagu ikut suka hati dia, tanpa ada halangan atau tindakan.

Saya catatkan dua contoh anak Singapura yang baru sahaja berdepan tindakan pihak berkuasa mereka. Pertama melibatkan seorang pegawai perkhidmatan negara (National Service Police), Abdullah Zamzuri, 26. Tak sampai seminggu dia menulis dalam blognya, mengkritik cara pegawai polis menggari jurugambar akhbar Lianhe Wanbao, pada satu kejadian banjir di Upper Timah Road pada 16 Julai lalu, dia dipanggil memberi kenyataan kepada polis.

Dia hanya mengkritik dan menegur cara pegawai polis menggari seorang jurugambar. Namun masa depannya berbahaya kerana kemungkinan didakwa dan menerima hukuman.

Satu lagi kes berlaku dalam tempoh lebih kurang sama, apabila seorang lelaki Abdul Malik Mohamad juga disiasat polis kerana mengkritik seorang pegawai Sukan Olimpik Belia (YOG) kerana kes keracunan menerusi blognya. Tak sempat menyebut pisang, dia ditahan. Polis mendakwanya kerana menggunakan kata 'burn' dalam blognya terhadap pegawai terbabit, Dr Vivian Balakrishnan.

Amat nyata polis Singapura tidak menunggu lama. Siasatan mereka pantas, keras dan pedas! Memberi dua contoh ini, itu sebab saya katakan Namewee lebih beruntung. Dia patut bersyukur dan berdoa tinggal di negara ini kerana kerajaan masih memberikannya dia ruang untuk mencarut, mengugut dan menghasut. Dia boleh dan mempunyai masa untuk menggambarkan Siti Insyah sebagai orang tak belajar sejarah. Dia boleh menyamakan kementerian pelajaran sebagai itu ini, dan si polan-si polan sebagai ini itu. Dan dia boleh bebas tunjuk jari menggambarkan isyarat lucah dan paling penting dia boleh bebas tunjukkan gambar pisang yang ditujukan kepada Siti Insyah pengetua sekolah menengah yang dituduh rasis!

Kalau apa yang Namewee buat sekarang dibuat di Singapura dan ditujukan juga kepada orang di Singapura atau kerajaan Singapura, entah apalah jadi agaknya ke atas seorang lelaki yang kurang ajar itu.  Mungkin lunyai jadinya!

Ingat Namewee! Nasib baik kamu tak tinggal di Singapura. Cuma tinggal di Malaysia. Kalau tinggal di negara itu silap-silap dah lama terhumban  ke penjara. Itu kira baik juga kalau tak dibuang ke luar negara!

Kepada kerajaan pula saya ingin bertanya. Bila lagi nak diambil budak itu ke balai polis. Selagi diam membisu, selagi itu lemak dia bercambah-cambah. Bagi knuckle clap, bagi change parade baru dia tahu!!!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10