nuffnang ads

Saturday, August 28, 2010

AKHIRNYA PRESIDEN INDONESIA MEMOHON DAMAI DENGAN MALAYSIA

AKHIRNYA Presiden Indonesia menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini memohon perdamaian dan berharap segala ketegangan dan konflik yang tercetus di antara kedua-dua negara dapat diselesaikan seberapa segera.

Menteri Politik, Hukum dan Keamanan,  Djoko Suyanto, ketika mengumumkan tindakan itu berkata presiden Bambang Susilo Yodhoyono telah memutuskan untuk berdamai dan telah pun mengirim surat mengajak Perdana Menteri Malaysia membincangkan hal-hal bilateral secara damai.

Katanya, presiden Indonesia menyedari tiada gunanya konflik dibiarkan berterusan dan dalam surat itu juga ada mencadangkan supaya beberapa masalah seperti isu persempadanan sewajarnya diselesaikan secara kekeluargaan.

Tindakan Bambang Susilo mengutus surat dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan Indonesia bahawa konflik yang dicetuskan oleh segelintir rakyat negara itu lebih banyak membawa keburukan dan jika tidak dibendung boleh mencetuskan sesuatu yang lebih buruk.

Djoko mengumumkan hasrat presiden negara itu untuk berdamai ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Jakarta bersama beberapa menteri kanan lain pentadbiran kabinet Bambang Susilo yang turut disertai Panglima Tentera Indonesia, Djoko Santoso.

Beliau juga memberitahu satu pertemuan di antara menteri luar kedua-dua negara juga telah dijadualkan berlangsung 6 September depan bagi perbincangan memperincikan isu persempadanan yang sering menimbulkan konflik kedua-dua negara berjiran.

Sementara itu Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro pula dilaporkan berkata Indonesia tidak akan sekali-kali menggunakan kekuatan ketenteraan bagi menyelesaikan konflik kedua-dua negara kerana ia tidak direstui oleh presiden ketika ini.

Malah beliau juga menangkis khabar angin mengatakan berlakunya pertambahan tentera negara itu di kawasan sempadan dengan Malaysia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10