SEKUMPULAN rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dipercayai bertindak secara kurang ajar, apabila membaling bungkusan dipercayai mengandungi najis manusia ke dalam kawasan kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.
Selain bertindak di luar kewarasan membaling najis, kumpulan penunjuk perasaan itu juga bertindak di luar adab apabila memijak bendera negara ini. Ini adalah demonstrasi berulang menimpa kedutaan negara kita.
Kumpulan itu dipercayai marah dan bertindak melampaui batas sebagai memprotes tindakan Malaysia menahan tiga pegawai laut dan perikanan mereka yang terbabit dalam kejadian menahan tujuh nelayan Malaysia di perairan Johor minggu lalu.
Beberapa orang yang terbabit dalam demonstrasi itu turut dikatakan telah mengisi najis ke dalam bekas makanan dan beberapa bungkusan yang tertulis "hadiah" kepada Duta Besar Malaysia sebagai apa yang mereka dakwa telah acap kali membuat najis sebelum ini.
Perbuatan kurang ajar penunjuk perasaan yang hanya berpunca daripada ketidakpuasan hati itu turut mendapat liputan media di peringkat antarabangsa yang menyifatkannya sebagai antara tindakan kotor dilakukan oleh mana-mana kumpulan penunjuk perasaan.

Berikutan kejadian memalukan itu, polis Indonesia menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit melakukan kacau ganggu ke atas kawasan kedutaan Malaysia dan kesemuanya kini ditahan untuk siasatan sebelum didakwa kerana melakukan jenayah.
Demikianlah kalau bertindak mengikut emosi. Walaupun kes penahanan tujuh nelayan dan 3 pegawai laut serta perikanan itu telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua negara, masih ada rakyat negara itu yang tidak berpuas hati.